Ubah suai tangki kereta seludup petrol ke Thailand

GERIK – Cubaan seorang lelaki warganegara Thailand menyeludup 90 liter minyak petrol menggunakan tangki kereta jenis Proton Wira tidak kesampaian apabila dicekup sepasukan Pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Cawangan Gerik semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kenderaan berpendaftaran tempatan itu ditahan ketika cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut melalui Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dekat sini sekitar jam 4 petang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu mendapati tangki bahan api kenderaan tersebut telah diubah suai menjadi lebih besar dari tangki asal dan kandungan bahan api petrol yang dibawa adalah penuh berpandukan sukatan pada kenderaan.

“Berikutan itu, seorang lelaki warganegara Thailand berumur 50 tahun yang memandu kenderaan tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal juga mendapati lelaki terbabit memiliki pas sempadan dan kad pengenalan warga Thailand.

“Sehubungan itu, kenderaan bersama dokumen pendaftaran kenderaan, peralatan pam motor beserta wayar penyambung bateri dan paip serta barangan berkaitan telah disita untuk tindakan lanjut.dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM3,184.50,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak patahkan cubaan seluduh Petrol Ron95 ke Thailand

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI