Umat Islam di Arab Saudi sudah beraya hari ini

RIYADH – Umat Islam di Arab Saudi sudah menyambut 1 Syawal hari ini bersamaan 30 Mac 2025.

Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan dikeluarkan di aplikasi X, Haramain Sharifain pada semalam.

Jelas kenyataan itu, anak bulan Syawal 1446 telah kelihatan di Arab Saudi semalam sekali gus menandakan permulaan bulan Syawal hari ini.

Dalam pada itu, umat Islam di Indonesia pula akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, kata Menteri Agama Nasaruddin Umar semalam.

Dalam satu sidang media di kementerian, beliau mengumumkan tarikh 1 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 31 Mac, 2025. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI