Undang pertikaian umum, 10,000 anak ikan keli didakwa dilepaskan ke sungai

TANJUNG MALIM – Tindakan sekumpulan individu yang didakwa melepaskan ribuan anak ikan dipercayai jenis keli Afrika ke dalam sungai, di sini sebagaimana dalam satu hantaran media sosial tular mengundang pertikaian umum.

Melalui hantaran yang dimuat naik pada jam 3.35 petang Ahad, kejadian difahamkan berlaku di Sungai Hulu Bernam.

“Pelepasan 10,000 anak ikan keli di Sungai Hulu Bernam,” tulis kapsyen yang dibuat melalui akaun ‘CCTV TG Malim’ dalam kumpulan Facebook ‘Tanjong Malim Kini Group’.

Hantaran berkenaan turut disertakan dengan video pendek berdurasi 4 saat memaparkan seorang individu melepaskan dipercayai anak ikan ke dalam sungai daripada bungkusan plastik.

Turut dipaparkan beberapa gambar yang menunjukkan lebih daripada 10 bungkusan beg plastik yang dipercayai mengandungi hidupan sama diletakkan di tepi sungai.

Undang pertikaian umum, 10,000 anak ikan keli Afrika didakwa dilepaskan ke sungai tanjung malim Sungai Hulu Bernam anak ikan keli CCTV TG Malim
Melalui hantaran yang dimuat naik pada jam 3.35 petang Ahad, kejadian difahamkan berlaku di Sungai Hulu Bernam.

Hantaran itu antara lain mengundang kritikan dengan mendakwa perbuatan itu dikhuatiri akan mengancam ekosistem perairan dan ekonomi nelayan darat setempat.

Di samping itu, melalui ruangan komen pemilik akaun CCTV TG Malim juga mendakwa anak ikan yang dilepaskan itu ekoran perbuatan untuk bernazar atau atau membayar hajat.

Pada masa sama, seorang pengguna akaun media sosial X, ‘Apai Othman’ melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap perbuataan berkenaan.

Menurutnya, tindakan melepaskan anak ikan keli itu dikhuatiri membahayakan spesies ikan dan hidupan air lain termasuk mengganggu program pelepasan berjaduan udang galah di Sungai Bernam.

“Jadi apa guna buat pelepasan benih udang galah berjadual kalau nelayan sungai tak sempat merasa? Masalah ni akan memberi kesan besar pada nelayan sungai sekitar,” tulisnya.

MG Perak sedang berusaha mendapatkan reaksi daripada Jabatan Perikanan (DOF) berhubung insiden itu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak pandang serius kejadian bom ikan di Temengor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI