Usaha noktahkan KIR miskin tegar di Perak berterusan – Salbiah

GERIK – Usaha menoktahkan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di Perak sentiasa dijalankan Kerajaan Negeri meskipun tahun berganti.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ini kerana usaha berterusan sentiasa di jalankan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Ayat saya mudah dalam mana-mana ucapan sebelum ini sering saya katakan usaha menoktahkan kemiskinan ini tiada noktahnya.

“Kita akan berterusan untuk memastikan Pelan Perak Sejahtera 2030 dapat menoktahkan kemiskinan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MG Perak, selepas hadir pada Sukan Rakyat@DUN Temengor di Lapangan Terbang Gerik, di sini, pada Rabu.

Tambah Salbiah, usaha menokhtahkan KIR miskin tegar melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 bukan sahaja memberi tumpuan kepada memakmurkan negeri malah memastikan rakyat juga dapat disejahterakan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika sidang media Sukan Rakyat@DUN Temengor di Lapangan Terbang Gerik, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JANUARI 2025.

Ditanya mengenai perancangan beliau selaku exco yang memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Salbiah berkata, pelbagai program berkaitan kesejahteraan rakyat di Perak akan dilaksanakan beliau.

Salbiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor berkata, bagi merealisasikan hasrat berkenaan pihaknya telah mengadakan perbincangan pelan hala tuju 2025 bersama agensi dan jabatan di bawah portfolionya baru-baru ini.

“InsyaAllah akan ada lebih banyak program kita akan fokuskan untuk pembangunan masyarakat dan agenda pembangunan sosial rakyat Negeri Perak,” katanya.

Salbiah sebelum ini mengumumkan seramai 8,977 KIR di Perak berjaya dikeluarkan dari kepompong kemiskinan tegar setakat 2 Disember 2024.

Beliau berkata, usaha kerajaan negeri menoktahkan kemiskinan tegar disumbang oleh kerjasama sinergi yang telah digerakkan melalui ‘Task Force Gerak Kerja Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Perak’.

Jelas beliau, gerak kerja tersebut dibentuk melalui penglibatan semua agensi pemberi bantuan bersama pentadbiran daerah seluruh Perak serta pelaksanaan Inisiatif One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial yang menghimpunkan semua agensi yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hampir 9,000 KIR di Perak keluar dari miskin tegar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI