USAS universiti awal lancar Program Ijazah Sarjana Muda Takaful

KUALA KANGSAR – Pelancaran Program Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), merupakan satu usaha untuk melahirkan pakar yang mahir dalam industri Takaful di Malaysia.

Naib Canselor USAS, Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof berkata, pelancaran tersebut menjadikan USAS sebagai universiti terawal dalam negara yang menawarkan program tersebut.

“Program pengajian tersebut telah memperoleh kelulusan akreditasi daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Pengambilan pertama telah dibuka secara rasminya pada semester ke-3 dan kemasukan akan bermula Julai ini serta ditawarkan secara sepenuh masa bagi tempoh pengajian selama 3 tahun”,katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perlancaran Program Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian) di Auditorium USAS, Kuala Kangsar, semalam pada Isnin.

Turut hadir Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Pengedaran FWD Takaful Berhad dan Prof Madya Dr Anas Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS.

Menurut Wan Sabri, sumbangan endownmen bernilai RM10 juta serta tajaan penuh oleh FWD Takaful Berhad menjayakan sepenuhnya penubuhan USAS Takaful Academy.

Selain itu, Wan Ahmad Najib berkata, beliau menyifatkan industri Takaful kini memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi masyarakat dari segi kewangan dan kesejahteraan.

“Takaful bukan sekadar sebuah produk kewangan. Ia adalah satu sistem yang berdasarkan prinsip saling membantu dan berkongsi risiko dalam semangat perpaduan dan tanggungjawab bersama.

“Namun, tidak semua orang menyedari akan kepentingan ini. Oleh itu, pakar-pakar Takaful perlu memainkan peranan mereka dengan penuh dedikasi dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang manfaat dan keperluan Takaful,” katanya lagi. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

USAS, Krirk Universiti jalin kerjasama akademik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI