USAS, Krirk Universiti jalin kerjasama akademik

KUALA KANGSAR – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan sebuah institusi pengajian dari Thailand, Krirk Universiti, Bangkok merancang untuk membina kerjasama akademik dalam masa terdekat.

USAS dalam satu kenyataan media memaklumkan, kedua-dua universiti itu elah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada September lalu bagi tujuan berkenaan dan sedang mengambil langkah perlu untuk memastikan ia direaliasikan.

Naib Canselor USAS, Profesor Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof berkata, beliau yakin inisiatif melibatkan dua institusi pengajian itu bakal dijalankan dalam tempoh terdekat.

“Langkah seterusnya adalah untuk menjayakan kerjasama ini dan kami komited untuk memastikan ianya menjadi realiti,” katanya.

Terdahulu seramai lima delegasi dari Krirk Universiti telah mengadakan kunjungan ke USAS yang diketuai Naib Presiden (Hubungan Antarabangsa) Universiti Krirk, Bangkok, Prof. Dr Jaran Maluleem.

Menurut USAS kunjungan berkenaan bertujuan mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang akademik, pertukaran pelajar dan pensyarah serta kerjasama dalam bidang kajian.

“Krirk Universiti, merupakan salah sebuah universiti unggul di Negara Gajah Putih yang mendapat kedudukan pertama dalam senarai penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World Rankings 2023 bagi negara Thailand.

“Barisan delegasi juga sempat meninjau fasiliti yang terdapat di USAS termasuk studio yang dilengkapi dengan bilik skrin hijau, makmal kaunseling, makmal landskap, mahkamah mut serta bilik kuliah,” katanya.

Sementara itu, Prof. Jaran dalam kenyataan sama berkata, beliau amat tertarik dengan fasiliti yang terdapat di USAS dan mengagumi keindahan alam sekitar kampusnya.

“Kampus kami berada di tengah-tengah Bandaraya Bangkok dan dikelilingi oleh pemandangan hutan batu serta hiruk pikuk kehidupan kota.

“Sebaliknya USAS terletak di atas bukit dan pemandangannya sangat indah dan saya berasa amat tenang dapat menikmati keindahan di sini. Saya yakin pelajar kami juga akan seronok belajar di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata persetujuan telah dibuat antara Krirk Universiti dan USAS untuk menjayakan program kolaborasi terutamanya dalam bidang akademik dan pertukaran pelajar.

Justeru menurutnya, langkah seterusnya akan diambil bagi menjayakan kerjasama dua institusi pengajian itu.

Lawatan ke USAS merupakan sebahagian daripada rangka lawatan lima hari delegasi tersebut ke Malaysia. Sebelum ini mereka turut mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Thailand, Tabung Haji serta International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) University dan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Prof Wan Sabri berkata, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara ahli Persatuan Universiti Islam Asia (AIUA) di mana USAS merupakan Setiausaha Tetap sejak penubuhannya pada tahun 2015.

Katanya, Krirk Universiti menyertai AIUA pada awal tahun ini dan sehingga kini persatuan tersebut mempunyai 84 ahli dari enam buah negara (Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Maldives dan Kemboja) di benua Asia. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan :

UTR perkasa landskap kewangan Islam, tumpu bidang takaful

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI