ZAPAR kutip RM175 juta, sasar peningkatan kutipan zakat menjelang Disember

IPOH – Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) berjaya mengutip RM175 juta zakat setakat suku keempat tahun ini, bersamaan kira-kira 60 peratus daripada sasaran kutipan pada 2026.

Pengurus Besar ZAPAR, Ahmad Nazim Md Tajuri berkata, pihaknya kini giat memperkukuh usaha bagi mendapatkan baki 40 peratus kutipan yang diperlukan sebelum berakhirnya tahun ini.

“Kita dah masuk suku keempat, iaitu suku terakhir untuk kutipan sama ada zakat dan wakaf. Jadi, kita ada 40 peratus lagi untuk kita kutip. Kebiasaannya 40 peratus ini, 30 peratus sahaja datangnya daripada bulan Disember.

“InshaAllah kalau momentum ini betul dan kesedaran daripada masyarakat untuk tidak culas membayar zakat, kita akan capai sasaran,” katanya selepas menyempurnakan acara pelepasan peserta ZapaRun 2026 di Bangunan ZAPAR di sini, hari ini.

Mengulas kutipan wakaf pula, beliau berkata, pencapaian semasa adalah kira-kira 47 peratus dan ia memerlukan usaha berterusan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Ahmad Nazim berharap, program kesedaran yang dilaksanakan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan wakaf, selain pembayaran zakat.

“Kita harap kesedaran melalui program seperti ZapaRun 2026 ini akan lebih menyuburkan masyarakat untuk cakna bahawa kita bukan sahaja melaksanakan ataupun fokus kepada kutipan zakat sahaja.

“Tetapi, ZAPAR juga sangat mengalu-alukan dana wakaf daripada orang ramai untuk kita bangunkan projek-projek wakaf,” jelasnya.

Terdahulu, lebih 700 peserta menyertai ZapaRun 2026 melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama, termasuk dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

ZapaRun 2026 bawa konsep berlari sambil berwakaf

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI