‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar

IPOH – Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) terus menjadi lokasi tumpuan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk berkumpul dan berkelah secara santai bagi menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di padang sekitar kawasan itu mendapati, orang ramai mula berkumpul seawal jam 4 petang dan mengambil peluang cuti hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Orang ramai mengambil peluang pada cuti hujung minggu bersama keluarga dan kenalan berbuka puasa kawasan padang sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

Orang ramai dilihat memenuhi kawasan padang sambil menghampar tikar, memasang kerusi dan meja ‘camping’, menyediakan hidangan berbuka dengan mewujudkan suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan.

Bazar Ramadan BSAS yang berada berhampiran menjadi pilihan pengunjung untuk membeli makanan dan minuman untuk dijamah sewaktu berbuka puasa.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Kakitangan swasta, Muhamad Farish Nazhan Azrul Affendy, 25, di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

Kakitangan swasta, Muhamad Farish Nazhan Azrul Affendy, 25, dari Cheras, Kuala Lumpur berkata, dia bersama rakan-rakannya datang semata-mata ke Ipoh selepas tertarik dengan hantaran orang ramai di media sosial berhubung kemeriahan berbuka puasa di sini.

“Kami datang ke sini selepas viral di TikTok. Orang ramai kata, di sini antara tempat piknik paling besar untuk berbuka puasa. Memandangkan hari ini adalah hari Ahad, kami cuba meluangkan masa di sini bersama.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Orang ramai mengambil peluang pada cuti hujung minggu bersama keluarga dan kenalan berbuka puasa kawasan padang sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

“Setakat ini, suasana di sini agak meriah tetapi tidak terlalu padat dan lebih santai. Saya pernah berbuka puasa di Dataran Merdeka tetapi di situ keadaannya agak sesak berbanding di sini.

“Harga makanan dan minuman di sini juga lebih kurang seperti di Kuala Lumpur, cuma ‘vibe’ di sini lebih tenang,” katanya.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Surirumah, Haslinda Mohd Azizi, 48, di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

Bagi, surirumah, Haslinda Mohd Azizi, 48, yang menetap di Klebang berkata, pengalaman berbuka puasa ala piknik ini memberi kelainan berbanding di rumah.

“Hari ini saya berbuka puasa dengan anak-anak sebab hendak merasai suasana berbuka di kawasan padang yang lapang.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Kanak-kanak bermain semasa menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga di kawasan padang sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

“Dekat luar kita boleh melihat orang ramai buka puasa serta kita juga seronok tengok macam-macam gelagat.

“Selain itu, kita boleh beli pelbagai juadah untuk berbuka puasa dengan harga berpatutan tetapi kalau di rumah kita masak dengan lauk terhad, suasana tiada seperti ini,“ ujarnya.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Irfan Haziq Mohd Karim, 23, di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Sultan Azlan Shah, Irfan Haziq Mohd Karim, 23, pula berkata, dia bersama rakan-rakan berkumpul di situ sebelum masing-masing mula sibuk untuk menyiapkan tesis dan menjalani latihan praktikal.

“Sebenarnya kami tidak merancang untuk berkumpul, tetapi disebabkan semua hendak pulanng ke kampung halaman masing-masing, kami mengadakan pertemuan di sini sebelum saya balik ke Rawang esok.

“Sebelum ini saya pernah berbuka puasa dekat Dataran Merdeka dan ‘vibes‘ lebih kurang sama,“ katanya yang berbuka puasa dengan juadah Nasi Arab.

‘Vibe’ tenang, suasana meriah, BSAS jadi pilihan lokasi iftar
Pesara, Charan Singh, 80, di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 01 MARCH 2026.

Sementara itu, pesara, Charan Singh, 80, yang menetap di Meru, berkata, walaupun dia tidak menyambut Ramadan, tetapi dia amat seronok berada di kawasan tersebut kerana pemandangannya amat menarik.

“Saya sudah tiga kali datang ke sini. Pada masa sama, saya seronok berada di tengah-tengah kawasan ini melihat pelbagai ragam orang ramai menunggu waktu berbuka puasa serta suasana persekitarannya. Saya memang sangat suka berada di sini,” ujarnya.

Kehadiran masyarakat pelbagai latar belakang jelas menunjukkan tradisi berbuka puasa secara berkelah dan santai terus menjadi pilihan ramai, bukan sahaja untuk menikmati juadah, malah mengeratkan hubungan sosial di samping memeriahkan lagi sambutan Ramadan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anak yatim, asnaf gembira berbuka puasa di hotel, dapat duit raya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI