Video tular: Polis tahan dua lelaki ceroboh rumah di Taman Bukit Mas

TAIPING – Polis berjaya menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian menceroboh sebuah rumah di Taman Bukit Mas, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, mereka yang berumur 37 dan 47 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Cheras, Selangor pada jam 11 pagi.

“Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu berkaitan dengan jenayah dan dadah.

“Ekoran penangkapan tersebut, pihak polis turut membuat rampasan ke atas sebuah kereta Honda City warna merah, beberapa peralatan pecah rumah, telefon bimbit dan beg tangan wanita serta mata wang asing,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping pada keesokan hari (Ahad).

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes jenayah agar disalurkan kepada pihak polis bagi membantu membanteras kejadian jenayah di Daerah Taiping khasnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial insiden disyaki menceroboh rumah di Taman Bukit Mas dengan dua lelaki melarikan dengan menaiki sebuah kereta Honda City berwarna merah.

Kejadian itu bagaimanapun berjaya dirakam pada kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum ia tular di media sosial sejak Jumaat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Tidak ada sesiapa dibenarkan ceroboh tanah kerajaan’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI