‘Tidak ada sesiapa dibenarkan ceroboh tanah kerajaan’

PARIT BUNTAR – Perak serius dalam usaha menangani aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram ke atas mana-mana tanah milik kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekiranya ada pihak yang sengaja melakukan aktiviti berkenaan mereka bakal berdepan tindakan mengikut Seksyen 425(1)(b) Kanun Tanah Negara.

“Tidak ada sesiapa pun dibenarkan untuk menduduki tanah kerajaan (tanpa kebenaran), dan jika terdapat ada pihak yang melakukannya secara tidak sah maka tindakan akan boleh diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

“Tindakan awal ialah dengan mengeluarkan notis supaya mereka dapat segera keluar dari kawasan yang diceroboh itu.

“Namum, jika mereka masih berdegil, maka tindakan penguatkuasaan seterusnya boleh diambil mengikut Kanun Tanah Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat dan meninjau situasi mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu, dekat sini, pada Khamis.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2023.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Pada Rabu, MG Perak melaporkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian berjaya membanteras aktiviti pencerobohan tanah berskala besar dan berisiko tinggi di kawasan kolam tadahan Bukit Merah dalam satu operasi penguatkuasaan.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, pencerobohan itu dipercayai dilakukan beberapa individu yang menjalankan aktiviti pertanian di kawasan seluas 15.37 hektar itu melibatkan tanaman pisang dan limau.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni mangsa banjir ketika hadir menyampaikan sumbangan bantuan bencana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2023.

Mengulas tentang lawatan berkenaan, Saarani berkata seramai 57 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas banjir ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu yang dibuka sejak 30 Oktober lalu.

Katanya, selain barang kelengkapan pasca banjir, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan peribadi sebanyak RM300 kepada mereka.

Perak aktiviti ceroboh teroka tanah haram tanah kerajaan menteri besar perak saarani mohamad Perak aktiviti ceroboh teroka tanah haram tanah kerajaan menteri besar perak saarani mohamad ceroboh tanah kerajaan negeri ceroboh haram tanah kerajaan negeri perak tanah perak tanah kerajaan negeri
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2023.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni mangsa banjir ketika hadir menyampaikan sumbangan bantuan bencana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2023.

“Bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit, bantuan awal RM300 daripada kerajaan negeri sudah disalurkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Hari ini saya turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM300 dan sedikit barangan keperluan kepada keluarga terlibat.

Setakat ini, seramai 178 manga banjir dan ribut dari 52 keluarga masih ditempatkan di empat PPS melibatkan daerah di Kerian, Hilir Perak dan Kinta.

Sementara dua PPS iaitu di Dewan Serbaguna Chikus di Hilir Perak dan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta di Kinta ditutup susulan situasi banjir semakin baik. -MG Perak.

Artikel Berkaitan:

PTD Kerian berjaya banteras aktiviti ceroboh kolam tadahan di Bukit Merah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI