VM2026: Perak tidak kompromi soal keselamatan pelancong

IPOH – Perak tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan pelancong termasuk yang berkunjung ke kawasan kawasan bukit dan gua batu kapur di sekitar Geopark Lembah Kinta dalam usaha memperkukuhkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, ini kerana kawasan berkenaan merupakan kawasan sensitif yang memerlukan penelitian khusus agar keselamatan pelancong terus terjamin.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee pada sidang media ketika Acara Sambutan di Pintu-Pintu Masuk Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama bersempena VM2026 bagi negeri Perak di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JANUARI 2026.

Katanya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Perak merupakan tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa, namun faktor keselamatan tidak boleh dipandang ringan, terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Kawasan Geopark Lembah Kinta adalah kawasan sensitif yang mana kita perlu mengambil serius dalam soal keselamatan pelancong.

“Ada beberapa kawasan yang dikenal pasti oleh kajian pakar mempunyai kecenderungan berlakunya perkara tidak diingini, maka kawasan tersebut akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja naik taraf,” katanya.

VM2026 keselamatan pelancong Geopark Lembah Kinta Tahun Melawat Malaysia 2026 Perak, pelancongan Perak, keselamatan pelancong Perak, Geopark Lembah Kinta, kawasan bukit dan gua kapur, Loh Sze Yee, lokasi pelancongan Perak, tarikan pelancong Perak
Pelancong penerbangan Scoot dari Singapura ketika Acara Sambutan di Pintu-Pintu Masuk Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama bersempena VM2026 bagi negeri Perak di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JANUARI 2026.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Acara Sambutan di Pintu-Pintu Masuk Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama bersempena VM2026 negeri Perak di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut Sze Yee berkata, langkah penutupan sementara berkenaan adalah bagi memastikan kawasan terbabit selamat sepenuhnya sebelum dibuka semula kepada kunjungan orang ramai.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee menyambut ketibaan pelancong penerbangan Scoot dari Singapura dan AirAsia dari Johor ketika Acara Sambutan di Pintu-Pintu Masuk Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama bersempena VM2026 bagi negeri Perak di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JANUARI 2026.

Selain itu, beliau turut memuji sikap bertanggungjawab pemain industri pelancongan yang secara sukarela mengambil inisiatif menutup lokasi pelancongan tertentu bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikkan keselamatan.

“Sebagai contoh, Gua Kek Lok Tong di Ipoh. Pihak pengurusan secara sukarela menutup kawasan tersebut untuk tujuan keselamatan dan hanya akan dibuka semula selepas kerja-kerja berkenaan siap.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pemain industri seperti ini kerana keselamatan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan mereka,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sze Yee memberitahu, Perak bersedia sepenuhnya bagi menyambut peningkatan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa sempena VM2026.

Kata beliau, Perak juga akan menampilkan kekuatan ikon pelancongan yang menyeluruh merangkumi aspek alam semula jadi, tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kebudayaan serta keunikan gastronomi.

VM2026 keselamatan pelancong Geopark Lembah Kinta Tahun Melawat Malaysia 2026 Perak, pelancongan Perak, keselamatan pelancong Perak, Geopark Lembah Kinta, kawasan bukit dan gua kapur, Loh Sze Yee, lokasi pelancongan Perak, tarikan pelancong Perak
Penumpang AirAsia ketika Acara Sambutan di Pintu-Pintu Masuk Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama bersempena VM2026 bagi negeri Perak di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JANUARI 2026.

Jelas beliau lagi, selain Gua Tempurung di Gopeng, Kellie’s Castle di Batu Gajah, Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan Menara Condong Teluk Intan, daerah Lenggong dan Taiping juga antara lokasi pelancongan yang akan diketengahkan.

“Kawasan Lenggong ini sangat istimewa, bukan sahaja di Perak tetapi juga di rantau ini. Ia mempunyai warisan debu letusan gunung berapi, selain fenomena unik meteor yang tidak membentuk kawah, sebaliknya menjadi bukit, sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan di tempat lain,” katanya.

Selain itu beliau berkata, pendekatan seimbang diterapkan dalam sebarag usaha usaha naik taraf kawasan pelancongan di negeri ini, yang mana pembangunan baharu dilaksanakan tanpa menjejaskan keaslian lokasi bersejarah dan semula jadi.

“Di Kellie’s Castle misalnya, kini bukan sekadar bangunan sejarah. Ia telah dinaik taraf dari segi pakej pelancongan dan kemudahan, selain pembangunan kawasan ekopelancongan bersebelahan tanpa mengganggu struktur asal,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Malaysia 2026: Semangat #PromisingPerak diteruskan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI