Wanita cedera kereta terbabas masuk tali air elak motosikal

PASIR SALAK – Seorang wanita cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam tali air ketika mengelak sebuah motosikal dalam kejadian di Changkat Lada, Kampung Gajah, di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, penunggang motosikal tersebut turut mengalami kecederaan.

Menurut beliau, panggilan kejadian diterima pada jam 11.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi kejadian terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iriz terbabas ke dalam tali air dan mangsa seorang wanita berjaya dibawa keluar orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Ketua Operasi, PBK II Abdul Rahman Peie mendapati mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya membuat pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

Operasi disertai tujuh anggota BBP Kampung Gajah itu tamat pada jam 12.39 tengah hari. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI