Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung, polis tahan suami

SEREMBAN – Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan tergantung di kipas dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superitenden Abdul Malik Hasim berkata, Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua anaknya yang ditemukan mati di sebuah taman perumahan di kawasan itu pada 9.25 malam tadi.

Beliau berkata polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya mendapati wanita berumur 34 tahun itu dan dua anaknya berumur enam dan tiga tahun, mati tergantung di kipas di dalam rumah berkenaan.

“Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai kemudiannya telah menahan suami wanita berkenaan pada pukul 1 pagi tadi, dan dan lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI