Wanita maut, anak lelaki patah kaki nahas babit dua lori

TANJUNG MALIM – Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera selepas lori muatan kasut yang dinaiki tiga sekeluarga merempuh belakang lori muatan kayu dalam kemalangan di Kilometer (KM) 350.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Bidor dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu sekitar jam 4.55 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dan Slim River dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah lori tiga tan jenis Mitsubishi yang membawa muatan kasut telah melanggar belakang sebuah lori lima tan jenis UD Nissan yang membawa muatan kayu.

“Terdapat tiga sekeluarga di dalam lori muatan kayu dan seorang wanita berusia 36 tahun yang berada di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi mangsa kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai anak kepada pasangan suami isteri terbabit mengalami kecederaan patah kaki.

“Manakala pemandu lori berusia 36 tahun yang juga suami kepada mangsa maut disahkan selamat,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sebelum menyerahkan mangsa yang cedera pada pihak KKM.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.10 petang,“ jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut bergesel dua MPV

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI