Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan

USAHA yang dilakukan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasakan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di segenap lapisan masyarakat membuktikan bahawa tiada golongan yang dipinggirkan dalam menaik taraf kehidupan msyarakat.

Malah kerajaan negeri turut meletakkan TVET sebagai faktor pemboleh ubah utama yang akan membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi seiring kemajuan negara dan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) termasuk keperluan era ekonomi digital.

Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 bakal menaik taraf kehidupan masyarakat daripada segi ekonomi dan sosial sekali gus mewujudkan peluang yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

Maka tidak hairanlah Program Flagship 18: Santuni Orang Asli di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dijadikan platform bagi mendekati, menyantuni dan membimbing masyarakat Orang Asli agar tidak terpinggir dari arus perkembangan negeri.

Melalui program ini generasi muda Orang Asli akan diberikan pendedahan awal dan menormakan generasi ini dengan arus dunia kini dengan menyantuni golongan ini dengan pemahaman adat dan budaya Orang Asli juga akan diberikan keutamaan.

Tahun lalu sahaja, seramai 148 Orang Asli telah menyertai Program Pemerkasaan Orang Asli di bawah Program TVET di Negeri Perak.

Program tersebut melibatkan 12 kursus jangka pendek seperti kursus penjagaan rambut dan elektronik, yang dijalankan kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan
Wanita Orang Asli suku kaum Semai Tapah ketika proses menghasilkan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dan organik yang mula membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati masyarakat ditemui MG Perak baru-baru ini di Kampung Batu 10, Tapah.
Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAY 2024.

Kegigihan sekumpulan wanita Orang Asli suku kaum Semai yang turut dikenali sebagai ‘The Women of Orang Asli Tapah’ mencipta produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi dan organik misalnya, mula membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati masyarakat.

Ini kerana pengguna pada masa kini bijak dalam membuat pilihan produk bagi memastikan ia selamat dan berkesan dalam pelbagai aspek.

Justeru, seramai 15 wanita yang berusia dari 18 hingga 52 tahun ini terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) mengambil inisiatif menghasilkan pelbagai jenis produk kecantikan itu di Kampung Batu 10, Jalan Pahang dekat Tapah.

Penasihat Koperasi Wanita Orang Asli Semai Tapah Berhad (KOWAST), Kristina Bah Uda berkata, segalanya bermula apabila Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mempelawa mereka untuk mengikuti program pemerkasaan Orang Asli di bawah bimbingan Pengarah Quetra Consultancy, Mourhrna Anetha Reddy tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu mereka hanya ditawarkan kursus pembuatan sabun namun beliau melihat ia berpotensi meningkatkan taraf hidup wanita Orang Asli untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga.

Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan
Produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dan organik hasil ciptaan wanita Orang Asli suku kaum Semai Tapah yang mula membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati masyarakat ditemui MG Perak baru-baru ini di Kampung Batu 10, Tapah.
Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAY 2024.

“Pada mulanya, kami hanya belajar cara untuk membuat sabun organik. Bagaimanapun, selepas tenaga pengajar melihat kami amat komited dalam penghasilan sabun dan ingin menjual produk berkenaan, beliau mengajar kami cara menghasilkan skrub badan serta pelembap bibir.

“Kemudian, kami menambah lagi beberapa produk lain seperti topeng muka, minyak wangi dan minyak muka (face oil).

“Segala bahan organik yang digunakan untuk membuat produk ini boleh didapati di dapur rumah sahaja.

“Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa,” katanya ketika ditemui MG Perak baru-baru ini.

Perkenal produk melalui karnival

Dalam pada itu, Kristina berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut membantu dengan menawarkan mereka menyertai karnival serta pameran bagi mempromosikan produk kecantikan tersebut.

Katanya, mereka telah membuka reruai di Karnival Usahawan Orang Asli di Sungai Besar, Selangor; Hari Koperasi Malaysia di Dewan Merdeka Tapah; Hari Kebudayaan Orang Asli di Seri Iskandar dan Hari Komuniti HRD Corp.

“Kami ditawarkan ke karnival pertama di Sungai Besar, Selangor oleh JAKOA dan sepanjang tiga hari berlangsung kami berjaya mengumpul jumlah jualan sekitar RM2,000.

“Walaupun jumlahnya tidak besar namun ia adalah pencapaian yang baik bagi kami yang pertama kali memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai.

“Selepas itu, kami mula dipanggil untuk menyertai karnival lain dan yang terbaharu Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Hari Jelajah Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh,” jelasnya.

Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan
Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang dan Muallim, Anuar Shafie melihat produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dan organik hasil ciptaan wanita Orang Asli suku kaum Semai Tapah yang mula membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati masyarakat ditemui MG Perak baru-baru ini di Kampung Batu 10, Tapah.
Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAY 2024.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa kekangan terutamanya dalam memasarkan produk mereka di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok serta platform e dagang, Shopee.

Katanya, orang ramai lebih berminat membuat pembelian melalui tempahan di aplikasi Whatsapp berbanding platform media sosial yang lain serta secara bersemuka.

“Baru-baru ini PASAK mengadakan kursus kali kedua dengan membantu kami cara untuk mempromosikan produk menerusi media sosial.

“Kami hantar orang muda dan idea serta content yang dihasilkan amat berbeza. Jadi, kami harap ini dapat membantu meningkatkan jumlah jualan produk kami pada masa akan datang,” ujarnya.

Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan
Wanita Orang Asli suku kaum Semai Tapah ketika melakukan demostrasi penggunaan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dan organik hasil ciptaan mereka ditemui MG Perak baru-baru ini di Kampung Batu 10, Tapah.
Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAY 2024.

Kristina berkata, mereka mempunyai impian besar dan berharap produk hasil tangan Orang Asli ini dapat dipasarkan bukan sahaja di Malaysia malah boleh menembusi pasaran luar negara.

“Banyak lagi yang kami perlu pertingkatkan. Justeru, jika ada syarikat yang sudi bekerjasama membantu kami untuk mengembangkan produk ini amat dialu-alukan,” katanya.

Peserta OKU gembira timba ilmu

Salah seorang peserta, Asni Bah Chaneh, 46, berkata, dia amat teruja apabila diberi peluang untuk menimba ilmu dalam pembuatan produk kecantikan berasaskan bahan organik ini.

Ibu kepada dua anak lelaki ini berkata, KOWAST telah memberi ruang kepada suri rumah sepertinya untuk membantu menambah pendapatan keluarganya.

“Usaha yang dilaksanakan ini sangat bagus. Saya seronok mengikuti kursus dan dapat belajar cara membuat sabun dan produk kosmetik lain menggunakan bahan organik.

“Selain itu, saya juga dapat mempromosikan produk keluaran kami dengan mengikuti ekspo dan karnival yang dianjurkan sama ada di dalam serta luar Perak.

“Walaupun saya dilahirkan kurang upaya (OKU) namun semangat saya tidak luntur malah terus berusaha bagi memperkenalkan produk keluaran Orang Asli kepada orang ramai,” katanya.

Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan
Wanita Orang Asli suku kaum Semai Tapah ketika proses menghasilkan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dan organik yang mula membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati masyarakat ditemui MG Perak baru-baru ini di Kampung Batu 10, Tapah.
Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAY 2024.

JAKOA, PASAK hulur bantuan

Sementara itu, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang dan Muallim, Anuar Shafie berkata, JAKOA mempunyai satu unit usahawan dan koperasi yang sentiasa membantu Orang asli dalam memasarkan produk mereka.

Beliau berkata, setakat ini KOWAST adalah satu-satunya koperasi Orang Asli di Malaysia yang mengeluarkan produk kecantikan dan Kesihatan.

“Kami ada menyediakan geran dengan syarat tertentu dan bantuan boleh mencecah ratusan ribu. Koperasi ini baru ditubuhkan dan ahli baharu.

“Mereka ini dalam proses untuk menerima bantuan dari JAKOA dan apa yang diperlukan untuk koperasi supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk terutamanya dari segi menambah pendapatan,” jelasnya.

Wanita Orang Asli hasilkan produk kecantikan organik, jana pendapatan
Antara produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dan organik hasil ciptaan wanita Orang Asli suku kaum Semai Tapah yang mula membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati masyarakat ditemui MG Perak baru-baru ini di Kampung Batu 10, Tapah.
Antara bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, serbuk kunyit, madu, gula, bijiran oat dan minyak kelapa. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAY 2024.kecan

Untuk rekod PASAK erupakan antara peneraju flagship Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat selain menyokong agenda Santuni Orang Asli dalam pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang diilhamkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Inisiatif itu memfokuskan kepada latihan kemahiran untuk komuniti Orang Asli dalam membina sesebuah perniagaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

148 Orang Asli sertai Program Pemerkasaan TVET Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI