Wanita tergelincir daki Gunung Bubu diselamatkan

GERIK – Seorang wanita terpaksa diusung anggota bomba ekoran mengalami kecederaan selepas tergelincir ketika mendaki Gunung Bubu di sini, kira-kira jam 10 pagi, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 10.04 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

Menurut Sabarodzi Jarak BBP Gerik ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer dan jentera tiba di lokasi pada jam 10.24 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi didapati benar ada kejadian melibatkan seorang mangsa wanita berusia 31 tahun tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki.

“Mangsa berada pada jarak 600 meter dari ‘starting point’ dan mengalami kecederaan terseliuh pada bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa turun pasukan bomba menggunakan pengusung dan seterusnya menaiki ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa dihantar ke Hospital Gerik bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 11.41 pagi,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI