Wanita warga emas ditemukan maut terkunci dalam rumah

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terkunci di dalam sebuah rumah di Jalan Tekukur, Taman Ipoh di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan yang meminta bantuan untuk mengeluarkan mangsa sekitar jam 9.57 pagi.

Menurutnya, sepasukan lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kita dimaklumkan mangsa adalah seorang wanita berusia 87 tahun yang dipercayai telah terkunci di dalam rumah tersebut.

“Ketua Operasi kemudiannya melakukan penilaian situasi dan seterusnya mengarahkan anggota membuka pintu utama yang terkunci disaksikan polis yang berada di lokasi dengan menggunakan peralatan khas.

“Setelah pintu berjaya dibuka, seorang wanita warga emas wanita dijumpai berada di dalam bilik air kediaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.13 pagi,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita ‘lesap’ ketika serbuan imigresen tinggalkan suami, anak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI