Yik Foong menggamit memori 80-an dalam era digital

‘YIK Foong Blues’, lagu dendangan kumpulan rock tanah air SYJ  menggambarkan bagaimana kompleks beli-belah yang terletak di persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Laxamana, Ipoh cukup meriah sewaktu ketika dahulu.

Lagu dimuatkan dalam album Khudrat yang diterbitkan pada tahun 1990 itu menceritakan Kompleks Yik Foong cukup sibuk dengan urusan jual beli para peniaga, selain menjadi lokasi buat pasangan kekasih meluangkan masa.

Suasana di dalam Kompleks Yik Foong di Ipoh pada hujung minggu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Sebaik melangkah ke pintu masuk utamanya, putaran waktu seolah-olah berpatah balik ke tahun 80an dan 90an dek kerana sebahagian besar struktur asal luar dan dalam kompleks itu masih dikekalkan sehingga kini.

Tatkala beberapa gedung beli–belah di Ipoh yang hampir seusia dengannya kini hanya tinggal namanya sahaja, Kompleks Yik Foong masih gah berdiri dan menerima kunjungan pelanggan pada saban hari.

Orang ramai yang mengunjungi Kompleks Yik Foong di Ipoh pada hujung minggu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Kompleks empat tingkat itu mula dibuka kepada umum sekitar tahun 1983.

Bangunan yang cukup nostalgik terutama bagi penduduk di Ipoh pernah dikenali dengan nama ‘Glory’ bersempena pasar raya Glory yang beroperasi di dalamnya sebelum ‘tutup kedai’ kira-kira 10 tahun kemudian.

Salah satu  premis perniagaan yang menjual barangan perhiasan rumah di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Kompleks Yik Foong kini menempatkan pelbagai jenis perniagaan termasuk menjual pakaian dan aksesori, barang perhiasan rumah, servis dandanan rambut, serta makanan dan minuman.

Di samping itu, perniagaan menjual alat elektronik, gajet, permainan video dan telefon pintar juga boleh didapati di kompleks berkenaan.

Seorang pelanggan mengunjungi kedai muzik ‘Melody’ di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Menurut salah seorang peniaga, Edwin Suen, 64, Kompleks Yik Foong pernah berada pada zaman kegemilangan iaitu ketika era kerancakan budaya Muzik Rock sekitar tahun 80an dan 90an.

Dia yang mengusahakan perniagaan kedai muzik sejak lebih 30 tahun itu berkata, kompleks itu menjadi tumpuan anak muda ketika itu untuk mendapatkan pakaian dengan citarasa Rock, serta piring hitam dan kaset kumpulan muzik kegemaran masing-masing.

“Masih ada orang ramai yang mengunjungi Kompleks Yik Foong namun ia tidak begitu meriah seperti sebelum-sebelum ini.

“Kompleks ini pernah menjadi antara lokasi yang sering dikunjungi orang ramai sama seperti pasar raya Super Kinta yang terletak di Pasar Besar Ipoh. Namun kini, Super Kinta pun sudah gulung tikar,” katanya ketika ditemui MG Perak.

Yik Foong Ipoh pasar raya ipoh perak Yik Foong Ipoh pasar raya ipoh perak
Suasana di dalam Kompleks Yik Foong di Ipoh pada hujung minggu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Edwin tidak menolak kerancakan beberapa pasar raya moden di sekitar Ipoh sedikit sebanyak telah menenggelamkan populariti Kompleks Yik Foong terumata dalam kalangan generasi muda ketika ini.

Tinjauan MG Perak ke Kompleks Yik Foong pada hujung minggu baru-baru ini mendapati ia masih menerima kehadiran pengunjung tempatan dan warga asing walaupun dalam jumlah yang kecil.

 

Yik Foong Ipoh pasar raya ipoh perak Yik Foong Ipoh pasar raya ipoh perak
Permainan go-kart, salah satu tarikan terbaru di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Sebahagian besarnya mengunjungi kedai yang menjual telefon pintar, permainan video, dan tidak kurang juga ke kedai tempahan pakaian baju kot serta kedai makanan Indonesia di tingkat bawah tanah.

Di samping itu pihak pengurusan juga sudah mula membuka operasi permis permainan realiti maya (VR) serta go-kart dalam bangunan dan luar bangunan di tingkat empat sebagai usaha menarik lebih ramai pengunjung ke situ. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kolam air masin BDB lubuk kaki pancing lepas ‘gian’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI