140,000 kenderaan dijangka guna WCE semasa sambutan Aidilfitri

SHAH ALAM – Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka mencatatkan peningkatan trafik, dengan sekitar 140,000 kenderaan dijangka menggunakannya semasa sambutan Aidilfitri tahun ini susulan pembukaan lebih banyak bahagian lebuh raya berkenaan.

Pengurus Besar, Komunikasi Strategik dan Penglibatan Pihak Berkepentingan WCE Syed Mohammed Idid berkata unjuran itu selaras dengan trend perayaan sebelum ini seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas yang secara konsisten purata trafik harian (ADT) antara 130,000 hingga 150,000 kenderaan.

Beliau berkata laluan Taiping Selatan-Banting dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi di lebuh raya berkenaan.

“Pada peringkat awal, selepas Seksyen 5, 8, 9 dan 10 siap pada 2019, ADT adalah sekitar 60,000 kenderaan. Namun, selepas pembukaan persimpangan Assam Jawa (Seksyen 6) pada 20 Nov 2023, jumlah itu meningkat kepada 70,000 kenderaan.

“Momentum ini diteruskan dengan pembukaan Seksyen Taiping Selatan (Seksyen 11) pada malam Ramadan, 12 Mac lepas, yang melengkapkan jajaran di Perak dan meningkatkan ADT melebihi 80,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan pembukaan Seksyen 1 Banting dan Seksyen 2 KESAS di Selangor, ADT semasa telah mencecah sekitar 90,000.

Menurut Syed Mohammed Idid, peningkatan aliran trafik menunjukkan peranan penting lebuh raya dalam melancarkan perjalanan pada musim perayaan.

Pada masa sama, beliau menegaskan komitmen WCE dalam memastikan pengalaman perjalanan yang selamat dan lancar kepada semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh perayaan.

“Pelaksanaan Seksyen 7, iaitu persimpangan keluar Tanjung Karang yang siap pada 2026, dijangka dapat mengurangkan kesesakan serta merangsang pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI