PARIT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melupuskan 830 unit pelbagai kategori barang kes sejak 2024 hingga 2026 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM252,200. ProgramKembali Bekerja
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Asisten Komisioner Hafezul Helmi Hamzah berkata, pelupusan tersebut membabitkan 60 kertas siasatan yang telah diselesaikan dan mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah serta pihak berkuasa berkaitan.
Menurut beliau, antara kategori utama barang kes yang dilupuskan ialah peralatan perlombongan bitcoin secara haram, barang kes kontraban, perjudian, kenderaan serta pelbagai barang kes am. – MGPerak





