Lelaki warga emas kritikal terjatuh dari aras tiga bangunan hospital

IPOH – Seorang lelaki warga emas kritikal selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati, seorang pengawal keselamatan hospital telah mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di laluan tangga kecemasan.

“Pengawal keselamatan terbabit kemudian mengekori lelaki tersebut sebelum mendapati mangsa telah terjatuh dari aras tiga bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari malam ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa dipercayai seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60 hingga 70 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ketika ditemui, mangsa memakai baju-T lengan pendek berwarna merah dan seluar slack berwarna hitam,” jelasnya.

Muhammad Najib berkata, mangsa kini masih menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat, mempunyai ahli keluarga yang dilaporkan hilang atau mengenali mangsa berdasarkan ciri-ciri berkenaan supaya tampil membantu polis mengenal pasti identitinya.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI