Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta -Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan, berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tadi, yang mengeluarkan perintah pelepasan baharu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan di rumah mulai hari ini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi bertarikh 6 November lalu.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen dan kerjasama sepanjang saya menerajui MOT,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/11/10/najib-kembali-ke-langgak-duta-hari-ini-jalani-tahanan-rumah/

https://malaysiagazette.com/2026/11/06/anthony-letak-jawatan-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-tiba-di-rumah/

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Seremban itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kabinet berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib menjejajakkan kaki ke rumah.

Menurut beliau, surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Bagaimanapun, perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu tidak dapat dijalankan susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara yang menangguhkan pelaksanaannya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI