150 anggota keselamatan terima saringan mamogram percuma

IPOH – Seramai 150 anggota keselamatan di Perak menjalani saringan mamogram untuk pengesanan kanser payudara secara percuma yang ditawarkan menerusi program ‘Pink Etiqa’ pada Selasa.

Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama antara Etiqa dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun tujuh tahun lalu.

Pengarah Perubatan NCSM, Profesor Madya Dr M Murallitharan berkata, saringan tersebut ditawarkan kepada anggota keselamatan memandangkan mereka mempunyai kekangan masa akibat jadual tugas yang tidak menentu.

Menurutnya, Klinik Saringan Bergerak Nasional Etiqa digerakkan bagi memudahkan proses saringan dilakukan dalam kalangan anggota keselamatan seperti polis, bomba dan tentera.

150 anggota keselamatan terima saringan mamogram percuma
Pengerusi PUSPANITA Majlis Bandaraya Ipoh, Datin Siti Faeza Mohd Noor (tiga, kiri) merasmikan Program ‘Pink Etiqa Ribbon Tour’ anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama Etiqa Cares Malaysia Peringkat Negeri Perak di Hospital Pantai Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 OKTOBER 2024.

“Mereka boleh membuat saringan melalui klinik saringan bergerak yang disediakan. Kita melaksanakannya sama ada pada waktu petang, malam atau hujung minggu serta pada masa yang fleksibel di mana di luar waktu kerja.

“Walaupun mereka sebagai kakitangan kerajaan boleh mendapat perkhidmatan sama di hospital kerajaan namun mereka mempunyai kekangan masa yang tidak bersesuaian.

“Justeru, anggota keselamatan dapat menjalani saringan mamogram yang diperlukan hospital swasta secara percuma terutamanya pada waktu hujung minggu dan ia adalah satu penambahbaikan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis perasmian Program ‘Pink Etiqa Ribbon Tour’ anjuran NCSM bersama Etiqa Cares Malaysia Peringkat Negeri Perak di Hospital Pantai Ipoh, pada Selasa.

150 anggota keselamatan terima saringan mamogram percuma
Pengerusi PUSPANITA Majlis Bandaraya Ipoh, Datin Siti Faeza Mohd Noor (tengah) menyantuni pengunjung yang hadir pada Program ‘Pink Etiqa Ribbon Tour’ anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama Etiqa Cares Malaysia Peringkat Negeri Perak di Hospital Pantai Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 OKTOBER 2024.

Hadir sama, Pengerusi Pengerusi Persatuan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Majlis Bandaraya Ipoh, Datin Siti Faeza Mohd Noor.

Dalam pada itu, Murallitharan berkata, setakat ini terdapat empat klinik saringan bergerak tersebut di seluruh negara.

“Di Perak, kita mempunyai satu klinik saringan bergerak yang turut beroperasi di negeri bahagian utara,“ jelasnya yang memaklumkan program tersebut akan berlangsung sepanjang Oktober bersempena bulan kesedaran kanser payudara sedunia.

150 anggota keselamatan terima saringan mamogram percuma
Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Prof Madya Dr Murallitharan Munisamy bercakap kepada media pada Program ‘Pink Etiqa Ribbon Tour’ anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama Etiqa Cares Malaysia Peringkat Negeri Perak di Hospital Pantai Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 OKTOBER 2024.

Klinik Saringan Bergerak Nasional Etiqa beroperasi di kawasan luar bandar dan bandar dan pertama kali diperkenal pada Fasa Ke-5 program tersebut serta dibiayai sepenuhnya oleh Etiqa.

Dikelolakan oleh NCSM, saringan untuk kanser payudara, serviks dan prostat, dapat dijalankan secara mudah alih di kawasan penerima manfaat dan sehingga kini seramai 50,000 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat melaluinya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

534 wanita di Perak positif HPV DNA sejak 2019 – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI