30 warga emas terima vaksin influenza percuma di Malim Nawar

KAMPAR – Seramai 30 warga emas di daerah ini menerima suntikan vaksin influenza percuma dalam menerusi Program Pemberian Vaksin Influenza Percuma di Dewan Orang Ramai Malim Nawar, di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, V. Bavani atau mesra dikenali sebagai Shasha berkata, program yang berlangsung bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu mendapat sambutan amat menggalakkan khususnya dalam kalangan golongan berusia.

Katanya, sektor kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi agenda utama dalam perkhidmatan beliau kepada penduduk di kawasan DUN Malim Nawar.

“Fokus utama program ini adalah untuk memberikan perlindungan kesihatan tambahan kepada golongan rentan khususnya warga emas berusia 50 tahun dan ke atas secara sukarela.

“Suntikan vaksin influenza percuma ini disasarkan terutamanya kepada warga emas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, penyakit jantung, respiratori dan buah pinggang,” katanya dalam satu kenyataan.

vaksin influenza percuma Malim Nawar warga emas Kampar, suntikan vaksin influenza percuma, ADUN Malim Nawar, kesihatan warga emas Perak, saringan kesihatan percuma 30 Warga Emas Terima Vaksin Influenza Percuma di Malim Nawar
ADUN Malim Nawar di Perak, V. Bavani (dua dari kiri) hadir ke Program Pemberian Vaksin Influenza Percuma anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dengan kerjasama Pejabat ADUN Malim Nawar di Dewan Orang Ramai Malim Nawar. – Foto: Pejabat ADUN Malim Nawar.

Menurut Shasha, langkah pencegahan itu amat penting bagi memastikan kumpulan berisiko tinggi itu dapat mengelakkan diri daripada komplikasi kesihatan serius selain mengurangkan kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan wabak.

Beliau berkata, program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dengan kerjasama Pejabat ADUN Malim Nawar itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan am serta saringan kanser wanita secara percuma.

Ujar beliau, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk saringan kanser payudara dan kanser serviks sebagai usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan wanita di kawasan setempat.

vaksin influenza percuma Malim Nawar warga emas Kampar, suntikan vaksin influenza percuma, ADUN Malim Nawar, kesihatan warga emas Perak, saringan kesihatan percuma 30 Warga Emas Terima Vaksin Influenza Percuma di Malim Nawar
Sekitar Program Pemberian Vaksin Influenza Percuma anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dengan kerjasama Pejabat ADUN Malim Nawar di Dewan Orang Ramai Malim Nawar. – Foto: Pejabat ADUN Malim Nawar.

“Penyediaan saringan kanser wanita ini merupakan usaha murni untuk memberi kesedaran dan perlindungan awal kepada kaum wanita agar langkah pencegahan awal ini mampu menyelamatkan nyawa.

“Kita akan terus konsisten membawakan program-program kebajikan dan kesihatan seperti ini terus kepada rakyat pada masa hadapan.

“Slogan ‘Kesihatan Anda, Keutamaan Kami’ bukan sekadar kata-kata tetapi merupakan manifestasi komitmen kami dalam membina sebuah komuniti yang mampan, sihat dan sejahtera selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030 dan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hampir 2,000 warga emas di Perak terima vaksin Influenza

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI