390 kg sampah dikutip di pantai Teluk Senangin

LUMUT – Sebanyak 390 kilogram (kg) sisa dan sampah sarap berjaya dikutip para peserta program ‘Comprehensive Security (COMSEC) Plogging Heroes 2024’ di sekitar pesisir pantai Teluk Senangin, dekat sini, pada Selasa.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan dianjurkan pihaknya bersama-sama Co-opbank Pertama Sdn Bhd Daerah Manjung serta Majlis Perbandaran Manjung.

sampah sarap MKN pantai teluk senangin Majlis Keselamatan Negara perak pantai perak sampah sarap MKN pantai teluk senangin Majlis Keselamatan Negara perak pantai perak
Peserta program ‘Comprehensive Security (COMSEC) Plogging Heroes 2024’ berjaya mengutip 390 kilogram sisa dan sampah sarap di sekitar pesisir pantai Teluk Senangin, Lumut. Foto MKN PERAK

Menurutnya, ia turut disertai peserta daripada 25 agensi di Manjung serta disokong sepenuhnya oleh Komuniti Teluk Senangin.

“Program ini bertujuan untuk memperindah kawasan di pesisir pantai Teluk Senangin.

“Ia merupakan satu inisiatif murni dalam mendidik masyarakat awam terhadap kelestarian alam sekitar serta semangat kebersamaan dalam memastikan tanggungjawab sosial ini dipikul secara bersama,” kata kenyataan itu pada Rabu.

sampah sarap MKN pantai teluk senangin Majlis Keselamatan Negara perak pantai perak sampah sarap MKN pantai teluk senangin Majlis Keselamatan Negara perak pantai perak
Peserta program ‘Comprehensive Security (COMSEC) Plogging Heroes 2024’ berjaya mengutip 390 kilogram sisa dan sampah sarap di sekitar pesisir pantai Teluk Senangin, Lumut. Foto MKN PERAK

Jelasnya, ia turut dihadiri Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Mohd Zawawi Zakaria; , Penolong Pengurus Co-opbank Pertama Cawangan Manjung, Aieen Rabiatul Adawiyah Amin serta Jabatan Pembangunan Komuniti Sosial, Majlis Perbandaran Manjung, Mohd Fikri Abdulllah.

Menurutnya lagi, sesi taklimat dan pameran kempen kitar semula daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Manjung, turut diadakan pada program berkenaan.

“Semoga dengan titik tolak usahasama ini dapat dijadikan pemangkin dan iltizam buat segenap lapisan masyarakat untuk terus memastikan keindahan dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lebih dua tan sampah dikutip di Pulau Sembilan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI