5.4 juta rakyat terima bantuan tambahan SARA mulai April – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan peluasan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April tahun iaitu peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Melalui inisiatif ini, penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100 setahun, berbanding RM1,200 pada 2024, peningkatan sebanyak 75 peratus.

Bantuan akan dikreditkan secara bulanan melalui MyKad dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit berdaftar di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SARA adalah pendekatan bantuan bersasar yang menggunakan sebahagian peningkatan hasil negara serta penjimatan subsidi bagi membantu golongan memerlukan.

“Penyaluran SARA melalui MyKad memastikan bantuan diterima oleh golongan sasar dalam bentuk barangan asas yang diperlukan.

“Peningkatan jumlah penerima ini selari dengan kenaikan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion tahun ini jumlah tertinggi dalam sejarah bantuan tunai kerajaan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, bantuan ini melibatkan dua kumpulan utama penerima, yang pertama, terdiri daripada 700,000 penerima sedia ada dalam rekod eKasih, yang akan menerima tambahan RM50 sebulan bagi warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan bagi isi rumah.

Sementara itu, kategori kedua melibatkan 4.7 juta penerima STR yang tidak berada dalam rekod eKasih, yang akan menerima bantuan SARA buat pertama kali dengan jumlah yang sama.

“Kaedah penyaluran SARA turut diperkemas tahun ini dengan semua penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bantuan secara seragam melalui MyKad, menggantikan kaedah lama yang menyalurkan bantuan tunai dua kali setahun.

“Langkah ini memastikan bantuan lebih tersusun dan mudah diakses,” ujarnya.

Sementara itu, Anwar berkata, jumlah kedai runcit berdaftar yang menerima pembayaran melalui MyKad telah meningkat kepada lebih 3,500 premis di seluruh negara, berbanding hanya 700 premis pada tahun 2024.

Ini memberikan lebih banyak pilihan kepada penerima untuk membeli keperluan asas termasuk barangan makanan, kebersihan diri, ubat-ubatan serta peralatan persekolahan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan dan butiran lanjut mengenai SARA melalui Portal Rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my dan mekanisme pelaksanaan di mykasih.com.my. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI