IPOH – Kualiti udara di Tasek Ipoh berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 181 setakat jam 8 pagi, hari ini.
Bacaan berkenaan menjadikan Tasek Ipoh antara kawasan yang merekodkan IPU melebihi 100, berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





