MGPerak: Ambil Tindakan Tegas Pencerobohan Dan Operasi Haram NR-REE – Sultan Nazrin

238

Perbuatan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ jika berlaku dalam kalangan pegawai penguat kuasa yang bersekongkol dengan peneroka haram, hendaklah segera disiasat, dikenal pasti dan diambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, pencerobohan dan operasi secara haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) haram akan menyebabkan ketirisan hasil negeri.

Titah Sultan Nazrin, tindakan itu akan menyebabkan berlakunya aktiviti perlombongan tidak terkawal dan tidak mengikut garis panduan yang dibimbangkan berpotensi memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan masyarakat.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini