Bangunan baharu Surau al-Karamah semakin imarah, sedia sambut Ramadan

IPOH – Bangunan baharu Surau al-Karamah yang terletak di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Pengkalan Pertama, dekat sini semakin diimarahkan walaupun ia baru beroperasi sejak kira-kira tiga minggu lalu.

Pengerusinya, Rosli Mhd Daud berkata, selain daripada solat jemaah harian, surau berkenaan juga aktif dalam mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Jemaah hadir untuk menunaikan solat Maghrib di Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.
surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Pengerusi Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Rosli Mhd Daud. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.

Katanya, perancangan pengimarahan surau giat dijalankan selepas 10 barisan ahli jawatankuasa (AJK) dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tahun lalu.

“Kami mula menerima kehadiran jemaah pada 10 Februari lalu yang mana Surau al-Karamah meraikannya dengan mengadakan Program Ceramah Khas Israk Mikraj.

“Selain itu, Surau al-Karamah juga ada mengadakan program bersama pemimpin masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui MG Perak di Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama di sini, baru-baru ini.

surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Ceramah Khas Israk Mikraj di Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh pada Februari lalu.

Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama mula memperoleh Sijil Pendaftaran Surau daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang ditandatangani pengarahnya, Harith Fadzilah Abdul Halim 14 Julai tahun lalu.

Surau berkenaan dilengkapi dengan ruang solat utama yang mampu memuatkan 100 ke 120 jemaah, ruang parkir, tandas dan sebagainya.

surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Pengerusi Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Rosli Mhd Daud (dua,kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Abu Bakar Hassan Basri (kanan) dan Imam Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Abdul Rashid Ali (dua,kanan) menunjukkan sijil pendaftaran Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.
surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Pengerusi Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Rosli Mhd Daud menunjukkan sijil pendaftaran Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.

Selain sumbangan kecemasan RM10,000 daripada MAIPk, surau turut menerima sumbangan-sumbangan daripada penduduk dan pemimpin setempat untuk tujuan pembangunan surau.

Pada masa sama, Rosli berkata penduduk kampung telah berlapang dada dan bergerak ke hadapan berhubung isu perpindahan bangunan surau lama dari Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh.

surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Jemaah menunaikan solat Maghrib di Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.

Menurutnya, situasi penduduk setempat juga berada dalam keadaan baik dan tidak sama sebagaimana yang digembar-gemburkan segelintir pihak di media sosial.

“Kadang-kadang ada segelintir pihak luar yang menokok tambah cerita, tanpa mengetahui situasi sebenar kami yang berada di sini.

“Sebenarnya tiada isu dan kami di sini positif, malah barisan AJK yang telah diberi tanggungjawab oleh pihak berkuasa agama negeri seperti MAIPk, kami akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

surau al karamah ipoh perak surau imarah AJK surau Perak MAIPK majlis agama islam perak
Laungan azan masuknya waktu solat Maghrib di Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.
Jemaah menunggu untuk menunaikan solat Maghrib di Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 FEBRUARI 2024.

Sementara itu, AJK Surau al-Karamah RPT Pengkalan Pertama, Abu Bakar Hassan Basri, berkata, pihaknya kini sedang mengadakan persiapan bagi menyambut Ramadan yang berbaki beberapa minggu lagi.

Ujarnya, Surau al-Karamah juga berharap lebih ramai pihak dapat menyumbang bagi usaha pembangunan dan pengimarahan surau.

“Kami berharap ada pihak sudi memberi sumbangan untuk surau menaik taraf infrastruktur bangunan.

“Sumbangan diperlukan bagi kerja-kerja pemasangan sengkuap atau awning untuk mengelakkan tempias hujan pada ruang solat terbuka, dewan terbuka, dan stor simpanan,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Surau baharu ganti Surau Al-Karamah sudah siap dibina – JAIPk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI