MGPerak: 148 Orang Asli Sertai Program Pemerkasaan TVET Perak

226

Seramai 148 individu menyertai Program Pemerkasaan Orang Asli di bawah Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Orang Asli di Negeri Perak, sepanjang tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan berkata, program berkenaan melibatkan 12 kursus jangka pendek yang dijalankan kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Katanya, inisiatif itu memfokuskan kepada latihan kemahiran untuk komuniti Orang Asli dalam membina sesebuah perniagaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurut beliau lagi, ia merupakan peningkatan berbanding pada fasa pertama tahun sebelumnya iaitu seramai 95 peserta Orang Asli dan melibatkan sembilan kursus.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini