Padah leka melaga ayam, 12 lelaki dicekup polis

KUALA KANGSAR – Kelekaan 12 lelaki tempatan melaga ayam membawa padah selepas dicekup pihak polis dalam satu serbuan di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Kolam Air Talang, Kampung Station, di sini pada Ahad.

Lebih parah tiga daripada 12 yang ditahan merupakan adik beradik dan dua lelaki beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacop berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada jam 4.45 petang semalam.

Menurut beliau, hasil operasi yang dijalankan pihak polis di kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Kolam Air Talang, berjaya menahan 12 lelaki berusia 32 hingga 64 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian melaga ayam.

Padah leka sabung ayam, 12 lelaki dicekup polis
Sebahagian daripada 14 ekor ayam laga yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Kolam Air Talang, Kampung Station, Kuala Kangsar pada Ahad. Foto, IHSAN PEMBACA.

“Pihak polis turut merampas satu unit kain kanvas, 20 batang besi pancang, dua taji sabung ayam, satu penimbang elektronik dan sebuah meja besi.

“Turut dirampas enam kerusi plastik, 11 sangkar ayam, kotak kayu, lima kelambu ayam, 14 ekor ayam laga dan wang tunai berjumlah RM5,852,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Omar Bakhtiar semua tangkapan direman tiga hari mulai 18 sehingga 29 Mac bagi meneruskan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1)(a) dan Seksyen 32(2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Op Dadu: 23 premis judi dipotong bekalan elektrik

Ops Dadu Khas: Polis Perak tahan 1,604 individu disyaki terlibat aktiviti judi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI