Pelajar jadi ‘content’ media sosial perlu berbentuk pendidikan

IPOH – Penerbitan kandungan (content) media sosial dalam kalangan guru melibatkan pelajar sekolah perlu berbentuk ke arah penguasaan subjek-subjek pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan menguasai subjek pendidikan.

Bagaimanapun, Fadhlina menegaskan ‘content’ media sosial yang dihasilkan guru perlu mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan KPM.

“Kita galakkan content ini dibuat dalam bentuk untuk memberi pendidikan, khususnya seperti membantu subjek-subjek untuk anak-anak murid dan kesedaran-kesedaran berkaitan pendidikan.

“Jadi garis panduan ini mesti dipatuhi oleh semua guru tanpa berkecuali,” katanya selepas hadir pada Program Jaulah Ramadan Sempena Ihya Ramadan KPM di Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini, pada Isnin.

Fadhlina sebelum itu diminta mengulas berkenaan desakan agar guru didesak tidak menjadikan pelajar mereka sebagai kandungan di media sosial, terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.

Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali, dilaporkan berkata guru perlu bertanggungjawab berhubung etika digital dalam penghasilan kandungan.

Rafiq juga dilaporkan menyifatkan tindakan itu boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi untuk pelajar dan keluarga mereka.

Mengulas tentang program, Fadhlina berkata Jaulah Ramadan merupakan program tahunan yang dilaksanakan KPM pada sepanjang Bulan Ramadan.

Kata beliau, antara pengisian program di tiga sekolah setiap negeri di seluruh negara itu termasuk tadabbur al-Quran, berbuka puasa penghayatan hadis 40 Imam Nawawi.

“Jadi kita harap program Jaulah Ramadan ini selain daripada memperkukuh hubungan antara KPM dan pihak pentadbir di sekolah-sekolah, ia juga akan dapat meningkatkan penghayatan Ramadan dalam kalangan pelajar sekolah,” ujarnya.

Di Perak, selain Sekolah Raja Perempuan Taayah, antara sekolah lain yang terlibat bagi program berkenaan adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah dan Sekolah Raja Permaisuri Bainun.

Pada masa sama, KPM bersama Yayasan Didik Negara turut menyalurkan sumbangan kepada 150 pelajar asnaf dan miskin di tiga sekolah berkenaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

El Nino: KPM sedia tangguh aktiviti luar bilik darjah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI