4,000 terima manfaat Jualan Sejahtera Rakyat di Kerian

PARIT BUNTAR – Kira-kira 4,000 pengunjung menerima manfaat menerusi Jualan Sejahtera Rakyat yang diadakan pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ketiga Tahun 2026 di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian pada Isnin.

Program jualan di bawah inisiatif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) itu berjaya menarik pengunjung daripada penduduk setempat terutamanya yang berada dalam daerah Kerian.

Sebanyak 24 gerai jualan serta dua lori Jualan Sejahtera Rakyat menawarkan barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, gula, sayur-sayuran dan barangan basah seperti ayam, daging serta ikan yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung adalah jualan ayam serendah RM5 seekor pada waktu 'Happy Hour' sewaktu program itu berlangsung.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika meninjau suasana di Pasar Sejahtera Rakyat Perak sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2026.

Selain itu, gerai Jualan Rahmah MADANI juga antara yang turut mendapat sambutan pengunjung bagi membeli barangan keperluan asas yang lain.

Orang ramai mula memenuhi gerai jualan seawal jam 7.30 pagi bagi tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan tersebut.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung adalah jualan ayam serendah RM5 seekor pada waktu ‘Happy Hour’ sewaktu program itu berlangsung.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung adalah jualan ayam serendah RM5 seekor pada waktu 'Happy Hour' sewaktu program itu berlangsung.
Orang ramai membeli barangan jualan Rahmah sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian. Foto ABDULLAH YUSOF 04 MEI 2026.

Jualan Sejahtera Rakyat menyediakan 118 barangan keperluan asas antaranya beras, gula, minyak masak, tepung, susu dan pelbagai lagi barangan dapur dengan tawaran diskaun pembelian sehingga 20 peratus.

Untuk rekod, sebanyak RM1.2 juta diperuntukan bagi Jualan Sejahtera Rakyat yang dilaksanakan di kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung adalah jualan ayam serendah RM5 seekor pada waktu 'Happy Hour' sewaktu program itu berlangsung.
Orang ramai membeli barangan jualan Rahmah sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian. Foto ABDULLAH YUSOF 04 MEI 2026.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang membuka kaunter perkhidmatan termasuk lima kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta menyelesaikan urusan berkaitan secara terus.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut meluangkan masa ke gerai jualan, kaunter perkhidmatan serta reruai jabatan dan agensi pada program tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak perluas Jualan Sejahtera Rakyat, tanggung kos diesel

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI