Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Perak dijangka akan memulangkan semula kertas siasatan kes membabitkan kenderaan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengekori rapat ambulan dalam kecemasan kepada Pegawai Penyiasat hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebelum ini, kertas siasatan kes membabitkan kenderaan rasmi Kor Ming mengekori rapat ambulans dalam kecemasan sudah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat TPR pada 28 Februari lalu.