Tiada unsur jenayah mayat lelaki terapung dalam parit

TELUK INTAN – Tiada unsur jenayah dikesan pada penemuan mayat lelaki yang ditemukan terapung bersama sebuah motosikal dalam parit di kilometer (km) 7 Jalan Kampung Bahagia-Teluk Intan, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mangsa yang berusia 37 tahun itu pada jam 11.05 malam.

Katanya, hasil siasatan di lokasi, pihak polis menemukan mangsa dalam keadaan terapung pada permukaan air di dalam parit berkenaan dan tersangkut pada sebatang titi.

“Keluarga mangsa telah menuntut jenazah mangsa pada jam 3.30 petang Isnin selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Teluk Intan.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat terbabas dan lemas dalam parit,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Dalam pada itu kata beliau, terdapat kesan lebam pada bahagian kaki kanan mangsa yang mungkin disebabkan impak pelanggaran serta tulang lutut kanan turut patah.

Justeru itu Ahmad Adnan berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis kerana ia bukan kes langgar lari, sebaliknya ia disebabkan mangsa yang terbabas sendiri di lokasi kejadian.

“Tiada kerosakan teruk pada bahagian belakang dan sisi motosikal, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis sahkan mayat bayi perempuan ditemui dalam parit

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI