Dua cedera SUV KKM terbabas di lebuh raya

IPOH – Dua lelaki cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam longkang di Kilometer (KM) 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Meru Raya pagi tadi.

Kemalangan itu berlaku berhampiran lokasi nahas sebuah bas persiaran terbalik ke dalam longkang sehingga menyebabkan 39 penumpang cedera, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 8.23 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya kemudiannya bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan SUV Mitsubishi Pajero KKM terbabas di bahu jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki iaitu pemandu berusia berusia 49 tahun dan penumpang berusia 43 tahun cedera di bahagian muka.

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya menhantar mangsa menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) ke hospital berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Khairul Anuar Abd Wahid tamat jam 9.03 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

41 cedera bas dinaiki terbalik ke dalam longkang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI