Program One Stop Centre bantu rakyat berstatus miskin tegar

GERIK – Kerajaan Negeri Perak komited dalam mencapai sifar kemiskinan tegar dengan meneruskan Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak di Daerah Hulu Perak.

Program tersebut merupakan anjuran kali ketiga oleh Pembangunan Negeri Perak dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik, di sini pada Ahad.

Menggariskan empat objektif utama, program tersebut diadakan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sifar kemiskinan tegar di negara ini. 

Empat objektif utama itu ialah, mengumpulkan pelbagai agensi pemberi bantuandi bawah satu bumbung; penyelesaian kes/bantuan yang bersesuaian kepada miskin dan miskin tegar di daerah secara in-situ; memudahkan capaian perkhidmatan oleh kelompok miskin dan miskin tegar ke atas bantuan yang diperlukan; serta penyelarasan bantuan kepada peserta yang terlibat bagi mengelakkan pertindihan bantuan.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu dihadiri oleh lebih dari 1,500 orang pengunjung yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan dan bantuan.

Sebanyak 34 agensi kerajaan dan swasta yang hadir seperti Tenaga Nasional Baerhad (TNB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Malah terdapat juga kursus-kursus yang diadakan untuk memberi peluang kepada peserta  bagi menjana pendapatan secara quick-win seperti Tiktok Shop, Kursus Pembuatan Mini Pizza, Kursus Bakeri dan Pastri dan sebagainya.

Selain itu, turut diadakan perkhidmatan secara percuma untuk menukar minyak hitam motor, saringan kesihatan dan gunting rambut lelaki.

Dalam majlis yang sama, beberapa sumbangan diberikan kepada penerima yang layak seperti sumbangan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO, Kad Perak Sejahtera dan Skim Insurans Kesejahteran Rakyat (SIKR).

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah dan sesi bergambar. – MG Perak.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI