Seorang suri rumah yang dipercayai mendera anak angkatnya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah Taman Malcop, di sini, kira-kira dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak