Beza budaya tidak halang murid sertai pertandingan hiasan kolam

TELUK INTAN – Perbezaan resam dan warna kulit tidak menjadi tembok pemisah bagi sesiapa untuk mempelajari atau mengetahui sendiri adat dan budaya kaum lain.

Atas semangat perpaduan, sekumpulan peserta berbangsa Melayu turut mengambil bahagian dalam pertandingan hiasan kolam, seni masyarakat India, bersempena dengan Temasya Budaya @ Negeri Perak, di Dataran Menara Condong, dekat sini, pada Jumaat.

Empat murid termasuk seorang pengiring dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak tidak melepaskan peluang untuk memeriah acara yang menjadi sebahagian daripada pengisian program anjuran Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak.

Seni kolam murid peserta teluk intan sekolah pertandingan hiasan kolam india budaya
Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak sedang sibuk menyiapkan kolam pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.
Seni kolam murid peserta teluk intan sekolah pertandingan hiasan kolam india budaya
Peserta sedang sibuk menyiapkan kolam pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.

Pengiring murid, Srohana Rabia’i berkata, kehadirannya bersama 12 murid ke program itu pada asalnya merupakan sebahagian daripada peserta bagi pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Sekolah Rendah.

“Selepas selesai pertandingan, saya dan murid-murid menyertai pertandingan hiasan kolam dengan niat ingin mencuba.

“Walau kami telah diberi penerangan awal tentang menghasilkan hiasan kolam, akan tetapi baru tahu bahawa untuk membuatnya tidak mudah seperti yang disangka,” katanya ketika ditemui MG Perak.

Seni kolam murid peserta teluk intan sekolah pertandingan hiasan kolam india budaya
Pengiring murid, Srohana Rabia’i ketika ditemubual pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.

Walaupun hiasan kolam bercorak bunga yang dihasilkan tidak berjaya membawa kemenangan, Srohana memberitahu dia minat untuk menyertai pertandingan hiasan kolam seumpama itu sekiranya ada diadakan pada acara lain.

Salah seorang murid, Nur Qaseh Aqilah Kamal Bahrin, 12, turut berkongsi perasaan sama dan mengakui seronok apabila dapat mempelajari ilmu serta merasai pengalaman baharu.

Seni kolam murid peserta teluk intan sekolah pertandingan hiasan kolam india budaya
Pelbagai jenis warna tepung beras yang ada di pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.

“Mula-mula hendak buat hiasan kolam ini, saya rasa berdebar kerana tidak pernah buat sebelum ini.

“Akan tetapi saya rasa seronok menyertai pertandingan itu bersama kawan. Dan jika ada pertandingan sama, saya juga ingin sertainya pada masa hadapan,” ujarnya.

Peserta hiasan kolam, Nur Qaseh Aqilah Kamal Bahrin, 12, ketika ditemubual pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.

Sementara itu, penyelaras pertandingan yang juga dari Mangala Sutra Creation, S.Poobalan berkata, pertandingan hiasan kolam itu diadakan membabitkan 11 kumpulan.

Menurutnya, setiap satu kumpulan yang dianggotai tiga ke empat orang diminta untuk membuat hiasan itu dalam tempoh masa satu jam.

Para peserta sedang sibuk menyiapkan kolam masing-masing pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.
Penyelaras pertandingan hiasan kolam, S. Poobalan ketika ditemubual pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.

“Setiap kumpulan akan bekalkan bahan-bahan untuk menghasilkan hiasan kolam termasuk beras hancur yang diwarnakan, sagu dan tepung suji.

“Mereka perlu menghasilkan hiasan berkenaan atas sekeping kadbod yang telah mempunyai corak,” katanya.

Peserta sedang sibuk menyiapkan kolam pada pertandingan hiasan kolam yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak sempena Temasya Budaya @ Negeri Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JUN 2024.

Mengulas lanjut, Poobalan memberitahu, hiasan kolam lazimnya diadakan bersempena dengan sambutan atau acara-acara besar seperti pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

Tambahnya, selain sebagai perhiasan, ia juga dijadikan sebagai sumber makanan kepada haiwan seperti serangga kecil, semut dan burung.

Kolam yang membawa kepada maksud indah atau cantik dalam bahasa Tamil merupakan lukisan di atas lantai sama ada di rumah atau kuil yang menjadi tradisi kepada masyarakat India berkurun lamanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Seni budaya bukan hiburan semata-mata – Pengarah JKKN Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI