12 KRT di Perak terima pemerkasaan rukun tetangga progresif

IPOH – 12 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perak bakal menerima pemerkasaan rukun tetangga progresif kata, Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan.

Menurut beliau ia bertujuan bagi meningkatkan khidmat komuniti dan kerja kemasyarakatan penduduk di Kawasan terpilih.

“Semoga gerak kerja ini dapat diperluaskan kepada semua KRT dalam mempertingkatkan keupayaan dan memantapkan keberkesanan peranan KRT dalam memberi sumbangan kepada agenda pembangunan dan perpaduan komuniti.

“Saya bagi pihak Jawatankuasa Integrasi Nasional menyokong penuh usaha dan komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam mengukuhkan semangat perpaduan, kenegaraan, kebersamaan, muhibah dan kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang etnik, agama dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak, di Dataran Bandaraya Ipoh, di sini, pada Ahad.

Perasmian majlis sambutan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy.

Sementara itu, lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 yang berlangsung bermula jam 7 pagi hingga 6 petang di Dataran Bandaraya Ipoh itu.

Sivanesan berkata, eliau percaya bahawa program tersebut berupaya mengukuhkan perpaduan antara rakyat negeri Perak tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,

“Amalkan perpaduan sebagai cara hidup kita semua dan mengamalkan serta menghayati Lima Prinsip Rukun Negara.

“Kita semua perlu terus bersatu hati dalam apa jua berkaitan dengan memelihara perpaduan.kita berterima kasih kepada semua Jentera Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang banyak memberi sumbangan dalam agenda perpaduan rakyat,”katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Anwar Turun Padang Kacau Bubur Lambuk Bersama KRT Parlimen Tambun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI