DUN Perak lulus usul wujudkan peraturan kawal haiwan berkeliaran

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebulat suara meluluskan usul mewujudkan Enakmen atau Peraturan Baharu Berkaitan Pengawalan Haiwan-Haiwan Berkeliaran di Negeri Perak pada Selasa.

Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika membacakan usul berkenaan berkata, satu Jawatankuasa Dewan yang dipengerusikan oleh beliau bersama Timbalan Speaker DUN dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan ditubuhkan.

Katanya, ia bagi membincangkan secara terperinci dan tindakan lanjut untuk menggerakkan cadangan dalam mewujudkan enakmen atau peraturan baharu berkaitan isu haiwan berkeliaran.

Mohammad Zahir berkata, jawatankuasa itu juga akan bertindak dalam memantau proses penggubalannya sehingga ia sedia untuk dibentangkan pada persidangan DUN.

Ketika penggulungan, Koo Haai Yen (PH-Keranji) yang membawa usul berkenaan berkata, beliau berharap Kerajaan Negeri Perak dapat memperuntukkan sejumlah dana bagi peraturan berkenaan melalui Bajet Negeri 2025.

Pada Selasa, usul berkenaan disokong Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning) dan kemudian dibahaskan seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini.

Perbahasan usul tersebut melibatkan tiga ADUN kerajaan termasuk Ishsam, Steven Tiw Tee Siang (PH-Tronoh), Wong May Ing (PH-Pantai Remis).

Ia juga disertai tiga ADUN Pembangkang iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin (PN-Sungai Manik), Rosli Abdul Rahman (PN-Pasir Panjang) dan Hafez Sabri (PN-Manjoi).

Di bawah usul berkenaan, Hai Yen mencadangkan agar satu enakmen atau peraturan baru dapat diwujudkan bagi semua penternak atau pemilik haiwan bertanggungjawab terhadap haiwan masing-masing, khususnya lembu dan kerbau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DUN Perak bentang usul Enakmen Berkaitan Pengawalan Haiwan Berkeliaran

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI