Video Qunut Nazilah kepada kerajaan: Harap yang terlibat bertaubat – Mohd Na’im

IPOH – Tindakan segelintir pihak yang sengaja mahu menimbulkan rasa kebencian melampau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pimpinan kerajaan ketika ini disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, walaupun berbeza pandangan politik ia tidak seharusnya hingga ke tahap mendoakan keburukan termasuk melalui bacaan doa Qunut Nazilah.

Video Qunut Nazilah tiktok kerajaan anwar perdana menteri taubat islam umat Mohd Na'im
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JULAI 2024.

“Saya mendoakan agar mereka yang terlibat dalam penghasilan video media sosial TikTok itu kembali dan bertaubat kepada Allah SWT.

“Begitu juga yang saya tengok dalam komen-komen yang mengaminkan doa laknat (dalam video) tersebut agar mereka ini kembali muhasabah diri, dan kita bina negara ini berdasarkan kepada kasih sayang.

“Jangan kita gunakan platform media sosial untuk kita aibkan dan memfitnah orang lain. Sebab ia bukan dalam ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya, di sini, pada Ahad.

Video Qunut Nazilah tiktok kerajaan anwar perdana menteri taubat islam umat Mohd Na'im
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bergambar bersama penerima anugerah pada Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JULAI 2024.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu turut dihadiri Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini; serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Mohd Na’im berkata demikian sebagai mengular video di TikTok yang memaparkan tulisan mendoakan keburukan kepada Perdana Menteri Menteri Kabinet dan penyokongnya.

Video yang berdurasi 18 saat itu turut menggunakan bacaan Qunut Nazilah sebagai bunyi latar.

Susulan itu katanya, beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi tindakan susulan terhadap video berkenaan.

Pada masa sama Mohd Na’im menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Anwar ketika ini sedia menerima sebarang perbezaan pandangan dan kritikan, namun ia harus berlandaskan kepada adab serta fakta yang betul.

Video Qunut Nazilah tiktok kerajaan anwar perdana menteri taubat islam umat Mohd Na'im
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan anugerah Tokoh Imam Mithali negeri Perak kepada Mohd Hanafiah Idris 54, yang juga bekas anak muridnya pada Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Negeri Zon Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JULAI 2024.

Justeru beliau meminta agar semua pihak dapat memahami pemahaman terhadap budaya kesederhanaan Islam sebagaimana yang terkandung dalam konsep Malaysia MADANI.

“Dalam konteks ini, JAKIM bersama-sama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri untuk mengajak umat di negara ini untuk tidak terpengaruh dengan golongan ‘ghuluw’ (melampaui batas) dan khawarij, kerana ia sangat berbahaya dalam Islam.

“Harus dielakkan (sebarang pemahaman) yang mengajak kepada menentang kerajaan menggunakan jalan kekerasan serta melalui sentimen kebencian,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hayati semangat Maal Hijrah, tinggalkan amalan zalim, fitnah – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI