Kutipan tol WCE Seksyen 11 bermula 24 Julai

IPOH – Pengguna Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 11 menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas akan dikenakan kutipan tol bermula jam 12.01 tengah malam, 24 Julai ini.

WCE dalam satu kenyataan memaklumkan, kutipan tol itu dilaksanakan selepas ia beroperasi secara percuma sejak 12 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, kadar tol untuk setiap kelas kenderaan berdasarkan kadar tol yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Kutipan tol di Seksyen 11 adalah secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch n Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan RFID.

“Justeru, kami menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch n Go mencukupi serta menggunakan lorong pembayaran yang betul,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Kutipan tol WCE Seksyen 11 bermula 24 Julai
Info grafik mengenai kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan di Plaza Tol Trong. Foto ihsan WCE

Kenyataan itu memaklumkan, orang ramai diminta merujuk info grafik di Facebook WCE atau muat naik aplikasi WCE App untuk maklumat lanjut.

Berdasarkan info grafik itu, kadar tol dikenakan di susur keluar Trong dari Plaza Tol Taiping Selatan mengikut kelas kenderaan adalah kereta (RM1.88), lori (RM3.75), treler (RM5.63), teksi (RM0.94) dan bas (RM1.41).

Bagi susur keluar Beruas dari plaza tol sama kadar yang dikenakan adala kereta (RM6.06), lori (RM12.11), treler (RM18.17), teksi (RM3.03) dan bas (RM4.54).

Manakala, untuk susur keluar Beruas dari Plaza Tol Trong kadar tol yang dikenakan mengikut kelas melibatkan kereta (RM4.69), lori (RM9.38), treler (RM14.07), teksi (RM2.35) dan bas (RM3.52).

Bagi susur keluar Taiping Selatan dari Plaza Tol Trong pula kadar tol bagi semua kelas yang dikenakan sama seperti di susur keluar Trong dari Plaza Tol Taiping Selatan.

Kutipan tol WCE Seksyen 11 bermula 24 Julai
Info grafik mengenai kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan di Plaza Tol Taiping Selatan. Foto ihsan WCE

Sementara itu, untuk kedua-dua plaza tol terbabit kadar tol yang dikenakan bagi susur keluar Changkat Chermin adalah antara RM3.93 hingga RM27.90 Sitiawan Utara (RM5.02 – RM34.32),  Sitiawan (RM5.78 – RM38.66) dan Lekir (RM6.26 – RM37.28).

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan Jajaran Seksyen 11 sepanjang 35.5 kilometer itu pada 11 Mac lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seksyen 11 WCE dibuka, tol percuma dua bulan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI