Ribut di LMS: 47 mangsa berlindung di PPS

IPOH – Seramai 47 mangsa kejadian ribut di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, mereka dari 19 keluarga ditempatkan di PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Matang.

ribut di LMS kejadian ribut di Larut Matang dan Selama, mangsa ribut LMS, PPS ribut LMS, rumah terjejas akibat ribut di Perak 47 mangsa ribut di LMS 2 . mangsa ribut berlindung di PPS 3 . 64 rumah terjejas akibat ribut 4 . PPS Sekolah Kebangsaan Matang 5 . kejadian ribut di Perak
Antara rumah yang terjejas dalam kejadian ribut di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pada petang Rabu. Foto APM Perak

“Mereka yang ditempatkan di PPS adalah dari Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertan, Kampung Melawati, serta Kampung Hujung Matang.

“Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tiada amaran hujan berterusan direkodkan di Perak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, agensi itu turut meramalkan situasi cuaca di LMS dan daerah berhampiran berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, kira-kira 64 rumah dilaporkan terjejas akibat kejadian ribut yang melanda empat kawasan penempatan berkenaan antara jam 3 hingga 4 petang Rabu.  – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Ribut Bercham: Kerugian lebih RM1.2 juta, penduduk terjejas meningkat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI