Polis tahan empat remaja disyaki rogol kanak-kanak 11 tahun

TELUK INTAN – Polis menahan empat remaja lelaki di lokasi berasingan sekitar daerah ini pada Khamis kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Langkap semalam.

Menurutnya, suspek pertama dan kedua telah merogol mangsa pada Rabu lalu, sekitar jam 6.30 petang secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mangsa keluar bermandi-manda bersama mereka di kawasan air terjun.

“Mangsa kemudiannya dirogol oleh suspek ketiga ketika dia mengikuti lelaki itu pulang ke rumah pada jam 8.30 malam, pada hari yang sama,

“Pada jam 12.30 tengah malam, suspek keempat bertindak merogol mangsa di kawasan semak semasa suspek dan mangsa keluar bersiar-siar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil soal siasat awal yang dijalankan mendapati kesemua suspek yang berasal dari Teluk Intan itu mengenali antara satu sama lain dan mengaku terlibat dengan kejadian tersebut.

“Suspek pertama dan ketiga yang berusia 16 dan 17 tahun sudah tidak bersekolah manakala suspek kedua dan keempat berusia 14 dan 17 tahun masih bersekolah.

“Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula 19 sehingga 21 Julai ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ahmad Adnan menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka khususnya anak perempuan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu jentolak didakwa rogol kekasih bawah umur hingga hamil

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI