BAGAN SERAI – Prevalens perokok tembakau dalam negara menunjukkan penurunan iaitu daripada 21.3 peratus pada tahun 2019 kepada 19.0 peratus tahun lalu.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri, A Sivanesan berkata, walau bagaimanapun masih wujud kebimbangan ketara dalam trend perkembangan perokok di Malaysia.
Jelasnya, ini kerana walaupun trend prevalens perokok tembakau merekodkan penurunan, trend penggunaan rokok elektronik pula menunjukkan sebaliknya. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak