Atlet Paris 2024 dinasihat berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan

IPOH – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menasihatkan atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris supaya berhati-hati khususnya dalam pengambilan makanan tambahan kerana dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap ujian doping yang dijalankan ke atas mereka.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa memastikan setiap atlet terutamanya yang  bakal ke Olimpik perlu berwaspada dalam pengambilan ubat serta sudut pemakanan membabitkan makanan tambahan dan  harian.

Menurutnya, selain ADAMAS, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) turut memantau bukan sahaja atlet, malah jurulatih serta pegawai sokongan sukan terlibat pada Paris 2024.

“Kadang-kadang kita tak sedar, tetapi setakat ini kita nampak tiada masalah berdepan dengan isu doping.

“Ini disebabkan kita mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dan memang kita melaksanakan banyak langkah-langkah yang diperlukan sebelum mereka (kontinjen negara) dapat ke Paris.

KBS nasihat atlet Paris 2024 berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Hashim hadir ke program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Perak di Kolej Poly Tech MARA Ipoh, Meru Raya, pada Ahad. Turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JULAI 2024.

“Kita punya atlet sangat berdisiplin dalam hal ini dan apabila berlaku isu doping,  selalunya ia tidak sengaja.

“Mungkin dia tak sedar bahan yang terdapat dalam makanan tambahan yang diambil jadi memang kita akan memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) di Dewan Utama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Sementara itu, Adam Adli berkata, KBS berharap syarikat atau badan korporat swasta yang mengumumkan tajaan lumayan kepada atlet negara yang berjaya membawa pulang emas di Paris 2024 tidak melupakan atlet para Sukan Paralimpik Paris 2024 yang menunjukkan pencapaian sama.

Katanya, pengumuman beberapa syarikat swasta yang menawarkan ganjaran lumayan seperti pangsapuri mewah bernilai RM1 juta, adalah di luar keupayaan KBS dan mereka berharap ganjaran sama ditawarkan kepada atlet Paralimpik.

“Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebenarnya sudah diperkenalkan secara sama rata sejak tahun lalu kepada atlet termasuk atlet para yang mana atlet para turut diberikan ganjaran RM1 juta jika berjaya membawa pulang pingat emas dalam Paralimpik.

“Tentu sekali kita mengalu-alukan tajaan yang sama oleh pihak luar sana kepada atlet para.

“Bagaimanapun, di peringkat kerajaan, memang kita bagi ganjaran yang sama, tiada beza, cuma imbuhan tambahan itu adalah tajaan pihak swasta, korporat yang kalau dapat untuk pada atlet para, kita sangat galakkan,” jelasnya.

KBS nasihat atlet Paris 2024 berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Hashim melawat reruai pameran ketika hadir ke program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Perak di Kolej Poly Tech MARA Ipoh, Meru Raya, pada Ahad. Turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JULAI 2024.

Baru-baru ini media melaporkan, syarikat swasta, Top Residency menjanjikan sebuah pangsapuri mewah di Setia Alam bernilai RM1 juta kepada atlet yang berjaya memenangi emas pertama buat kontinjen negara di Paris.

Syarikat lain yang turut menjanjikan ganjaran lumayan adalah Senheng New Retail Bhd (Senheng) menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie jika mereka berjaya meraih emas.

Selain itu, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara iaitu redONE Mobile dilapor turut menawarkan ganjaran RM1 juta kepada atlet Malaysia sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas pada Olimpik 2024 ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI