1,800 kariah Masjid Idris Iskandar Shah 1, terima daging korban

IPOH – Program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di sini, pada Khamis melibatkan 16 ekor lembu dan seekor kerbau.

Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Mohd Daelami Osman berkata, daripada jumlah berkenaan, salah seekor haiwan korban disumbangkan daripada kerajaan negeri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, program berkenaan turut membabitkan hampir 150 orang petugas dalam kalangan masyarakat setempat yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memastikan proses korban berjalan lancar.

ibadah korban Sungai Rokam Related Keyphrase: korban Aidiladha Ipoh, Masjid Idris Iskandar Shah 1, korban Perak, korban lembu Ipoh, belia masjid, Saarani Mohamad, Aidiladha 2026
Petugas semasa proses menumbangkan seekor lembu ketika program ibadah korban bersempena dengan Aidiladha tahun ini anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1 di Sungai Rokam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 MEI 2026.

“Dan istimewa pada tahun ini, masjid kami juga menerima seekor lembu korban hasil sumbangan daripada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Perak.

“Bagi memastikan keseluruhan operasi ibadah korban berjalan lancar, kita juga menempatkan para petugas kepada beberapa jawatankuasa dan kumpulan.

“Ia meliputi jawatankuasa induk, kumpulan penjaga lembu korban, kumpulan melapah daging, memotong tulang, menimbang dan pengagihan,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Rokam, di sini, pada Khamis.

ibadah korban Sungai Rokam Related Keyphrase: korban Aidiladha Ipoh, Masjid Idris Iskandar Shah 1, korban Perak, korban lembu Ipoh, belia masjid, Saarani Mohamad, Aidiladha 2026
Setiausaha Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Mohd Daelami Osman. Foto ABDULLAH YUSOF 28 MEI 2026.

Mohd Daelami berkata, pihaknya menganggarkan sebanyak 1,900 hingga 2,000 kilogram (kg) daging korban diperoleh pada tahun ini dengan kira-kira 1,800 kupon pengagihan dikeluarkan kepada ahli kariah.

“Kita memang sudah tetapkan agar operasi untuk ibadah korban mesti selesai sebelum masuk waktu Solat Zuhur.

“Jadi dengan jumlah para petugas yang sedia ada, 18 ekor lembu korban, seperti pada tahun lalu, itu adalah had maksimum haiwan korban yang mampu diuruskan dengan baik,” katanya.

Petugas bergotong royong melapah daging lembu ketika program ibadah korban bersempena dengan Aidiladha tahun ini anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1 di Sungai Rokam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 MEI 2026.
Petugas bergotong royong melapah daging lembu ketika program ibadah korban bersempena dengan Aidiladha tahun ini anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1 di Sungai Rokam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 MEI 2026.

Dalam pada itu beliau berkata, selain menjadi menjadi platform mengeratkan hubungan masyarakat setempat, program ibadah korban yang dianjurkan itu juga mendapat reaksi positif terhadap penglibatan golongan muda.

Menurut Mohd Daelami, pihak masjid memberi ruang kepada golongan muda untuk terlibat secara langsung supaya kesinambungan pengurusan program korban dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Kita memang galakkan anak-anak muda terlibat sebab kita tidak mahu, satu hari nanti apabila golongan berusia sudah tiada, masjid pula kekurangan petugas.

“Oleh itu kita dedahkan mereka sedikit demi sedikit (tentang perjalanan ibadah korban). Kalau ada kesilapan kecil itu perkara biasa kerana mereka sedang belajar dan kita mahu mereka lebih bersedia pada masa depan,” ujarnya.

Pengerusi Masjid Idris Iskandar Shah 1, Mohd Rais Ramli pula berkata, usaha melibatkan belia dalam program ibadah korban sudah dilaksanakan pihaknya sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Mohd Rais Ramli. Foto ABDULLAH YUSOF 28 MEI 2026.

Kata beliau, pihak masjid melihat bahawa penglibatan golongan muda penting bagi memastikan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan khususnya di kawasan sempat terus aktif.

“Kalau kita tak mula beri peluang kepada mereka sekarang, nanti lama-kelamaan aktiviti seperti ini (bergotong-royong dalam ibadah korban) mungkin sukar diteruskan kerana tiada pelapis,” ujarnya.

Sementara itu, wakil peserta belia, Muhammad Syukri Alimar Shidi berkata, aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban mampu mengeratkan hubungan dalam kalangan belia dengan masyarakat setempat.

Dia berkata, sokongan yang diberikan ahli jawatankuasa masjid turut menjadikan peserta dalam kalangan anak muda lebih selesa untuk terlibat secara aktif dalam program komuniti seperti ibadah korban.

1,800 kariah Masjid Idris Iskandar Shah 1 terima daging korban
Petugas semasa proses menumbangkan seekor lembu ketika program ibadah korban bersempena dengan Aidiladha tahun ini anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1 di Sungai Rokam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 MEI 2026.

“Apabila aktiviti seperti ini diadakan, anak muda mula berjumpa dan bergaul sesama masyarakat, selain mereka lebih mengenali saudara-mara dan penduduk setempat.

“Mereka rasa dihargai apabila diberikan ruang dan kepercayaan untuk menguruskan program bersama-sama dengan golongan yang lebih berusia,” katanya.

Difahamkan, daripada lapan kumpulan kerja yang diwujudkan sepanjang program berlangsung, lima kumpulan dianggotai oleh peserta yang berusia 30 tahun ke bawah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Aidiladha: Perak agih 464 lembu korban ke semua DUN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI