3,012 calon STPM 2023 di Perak lulus penuh, PNGK 2.83

IPOH – Perak merekodkan 98.21 peratus jumlah calon lulus penuh peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 membabitkan seramai 3,012 daripada 3129 calon.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 0.08 peratus berbanding 98.13 peratus bagi STPM 2022.

Menurutnya, pencapaian PNGK STPM 2023 di negeri ini mencatatkan 2.83 meningkat 0.08 mata berbanding 2.75 pada STPM 2022.

Katanya, seramai 82 calon STPM 2023 di Perak berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 yang menunjukkan penurunan berbanding 108 calon pada STPM 2022.

“Seramai 3,012 calon telah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran di peringkat prinsipal. Daripada jumlah tersebut, seramai 38 calon atau 1.24 peratus mendapat kelulusan penuh lima prinsipal (5P), 2,243 atau 73.13 peratus (4P), 409 atau 13.34 peratus (3P), 216 atau 7.04 peratus (2P) dan 106 atau 3.46 peratus (1P).

“Sebanyak 35 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus STPM 2023 dengan peningkatan lima buah sekolah berbanding 30 buah sekolah sahaja yang mencapai keputusan sama pada STPM 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Keputusan STPM 2022 Perak di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di sini pada Selasa.

Mohamad Fauzi berkata, sebanyak 14 mata pelajaran menunjukkan peningkatan manakala tujuh yang lain menurun dan satu mata pelajaran kekal lulus 100 peratus.

“Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan adalah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Tamil, Syariah, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Sukan dan Seni Visual.

“Bagi mata pelajaran yang menurun peratus lulus adalah Bahasa Cina, Bahasa Arab, Kesusateraan Melayu Komunikatif, Usuluddin, Pengajian Perniagaan, Perakaunan dan Information and Communication Technology.

“Tahfiz Al-Quran masih kekal sebagai mata pelajaran yang lulus 100 peratus seperti tahun sebelumnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sekolah Menengah Tasek (SMK), Ipoh mencatatkan jumlah calon tetinggi di negeri ini yang memperoleh PNGK 4.00 iaitu 11 calon diikuti SMK King Edward Taiping (lapan calon) dan SMK ST George, Taiping (lima calon). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

STPM 2023; 1,168 calon dapat PNGK 4.00, turun 68 calon berbanding 2022

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI