Bazar Buku Perak 2024: Pempamer Indonesia bawa semangat Rumpun Melayu

MALAYSIA dan Indonesia merupakan sebahagian daripada wilayah Kepulauan Melayu atau Nusantara yang semenangnya kaya dengan kerencaman budaya.

Walaupun terpisah dengan lautan dan garis sempadan, namun adat serta bahasa pertuturan masyarakat antara dua negara itu dikongsi hampir sama di bawah payung Rumpun Melayu.

Atas semangat itu, 15 delegasi Yayasan Kampoeng Serdang Beradat (YKSB) dari Deli Serdang, Sumatera Utara, di Indonesia melibatkan diri dalam Bazar Buku Perak 2024.

Bazar buku perak negeri perak melayu rumpun negara malaysia indonesia budaya delegasi muhdi Deli Serdang sumatera utara
Penerbit Buku Yayasan Kampoeng Serdang Beradat, Muhdi Kurnia ketika sesi temubual bersama MG Perak pada Pesta Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

Pempamer tunggal luar negara itu merupakan antara 70 pempamer yang terlibat dalam acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) selama empat hari bermula 1 Ogos.

Wakil delegasi, Muhdi Kurnia berkata, reruai Penerbit YKSB Deli Serdang menempatkan pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen yang menyentuh soal seni, sosial, budaya serta politik di Indonesia.

Katanya, turut ditempatkan produk-produk yang dihasilkan masyarakat tempatan di Indonesia seperti pakaian, serbuk kopi serta makanan kering seperti kerepek dan ‘basreng’ atau bakso yang digoreng.

Bazar buku perak negeri perak melayu rumpun negara malaysia indonesia budaya delegasi muhdi Deli Serdang sumatera utara
Terdapat serbuk kopi dari Medan, Indonesia ada di reruai delegasi Indosesia pada Pesta Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

“Selain pameran di reruai, kami juga terlibat dengan aktiviti persembahan pentas oleh lapan orang penari, yang mana ia akan dipersembahkan pada hari pertama dan kedua program.

“Tarian yang ditarikan adalah Tarian Serampang 12 yang mana ia merupakan seni tari tradisional di Deli Serdang. Selain itu turut akan dipersembah Tarian Zapin kami yang lazimnya ditari sebagai tanda pembuka acara,” katanya ketika ditemui MG Perak di Bazar Buku Perak 2024.

Terdapat pelbagai produk dari Medan, Indonesia ada di reruai delegasi Indosesia pada Pesta Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

Penerbit YKSB Deli Serdang merupakan unit di bawah Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat (PKBM) Yayasan Kurnia di Deli Serdang.

Sebagai daya penarik, Muhdi memberitahu, reruai mereka turut dihiasi dengan hiasan kain yang diinspirasikan daripada dekorasi majlis perkahwinan Suku Mandailing di Sumatera Utara.

Dalam pada itu beliau berkata, antara bahan bacaan menarik yang dipamerkan di reruai mereka adalah buku ‘Zafin Ngenang’ yang menceritakan tentang Zapin Ngenang iaitu tarian tradisional Melayu dari Batam di Kepulauan Riau.

Bazar buku perak negeri perak melayu rumpun negara malaysia indonesia budaya delegasi muhdi Deli Serdang sumatera utara
Penerbit Buku Yayasan Kampoeng Serdang Beradat, Muhdi Kurnia menunjukkan Zafin Ngenang yang diterbit olehnya ketika tinjauan MG Perak di Pesta Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

“Buku ini dihasilkan hasil kajian terhadap tarian Zapin Ngenang yang hanya tinggal seorang sahaja penari di Batam, dan ia juga semakin dilupakan oleh penduduk tempatan.

“Justeru, buku ini sangat istimewa dan kami berharap penerbitan buku ini dapat menyebarluaskan pengetahuan tentang tarian tradisional itu agar ia tidak dilupakan generasi akan datang,” katanya lagi.

Duta kecil Indonesia, erat hubungan dua negara

Muhdi yang juga pengasas kepada PKBM Yayasan Kurnia Deli Serdang berkata, ia merupakan penyertaan kali pertama pihaknya ke Bazar Buku Perak 2024.

Disifatkan sebagai dua kecil Indonesia, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak atas jemputan sebagai pempamer dan berharap usaha itu mampu mempereratkan lagi hubungan antara negaranya dengan Malaysia.

Bazar buku perak negeri perak melayu rumpun negara malaysia indonesia budaya delegasi muhdi Deli Serdang sumatera utara
Terdapat pelbagai produk dari Medan, Indonesia ada di reruai delegasi Indosesia pada Pesta Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

Muhdi berkata, pihaknya berharap keberadaan di Bazar Buku Perak 2024 dapat memberi motivasi dalam meningkatkan lagi minat budaya membaca bukan sahaja kepada generasi muda Deli Serdang, malah di Perak.

“Melalui buku-buku kebudayaan yang dipamerkan di reruai Penerbit YKSB Deli Serdang, kami berharap ia dapat memberi nilai positif kepada pengunjung di Perak.

“Ia termasuk daripada segi lebih mencintai budaya dan adat masing-masing agar ia dapat dipertahankan, dilestarikan dan dijaga keasliannya agar tidak ditelan arus zaman masa kini,” katanya lagi.

Wartawan MG Perak, Amirrul Rabbani Rashid menemubual Penerbit Buku Yayasan Kampoeng Serdang Beradat, Muhdi Kurnia pada Pesta Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

Bazar Buku Perak 2024 merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam merealisasikan Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Program ini adalah salah satu daripada 18 Flagship Perak Sejahtera 2030, yang bertujuan meningkatkan tahap pendidikan dan kesejahteraan rakyat Perak. – MG Perak

Video: 

Bazar Buku Perak 2024: Pempamer Indonesia bawa semangat Rumpun Melayu

MGPerak: Bazar Buku Perak 2024: Pempamer Indonesia Bawa Semangat Rumpun Melayu

Artikel Berkaitan:

Perasmian Bazar Buku Perak 2024

Bazar Buku Perak 2024 sasar 30,000 pengunjung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI